Downloadables Khutbahs
for Friday Prayers
Choose your preferred language:
~ Pesanan Minggu Ini - 3 September 2010 ~Zakat Membentuk Masyarakat Yang Berupaya Dan Cemerlang
Khutbah minggu ini membincangkan bagaimana zakat mampu membentuk masyarakat yang berupaya dan cemerlang.
· Bulan Ramadan menyajikan peluang untuk menikmati kerehatan mental dan ketenangan jiwa.
· Zakat membawa bersamanya segala aspek pembangunan sosial dan masyarakat.
· Zakat satu mekanisma penting yang mampu memenuhi keperluan manusia dan keadilan sosial.
Apakah pandangan anda tentang khutbah minggu ini ?
*Sila letakkan alamat e-mel anda sekiranya anda inginkan jawapan daripada maklum balas yang diberikan. Terima kasih.
|
Khutbah Title:
Zakat Membentuk Masyarakat Yang Berupaya Dan Cemerlang [3 September 2010] 
Zakat merupakan satu mekanisma penting yang mampu memenuhi keperluan manusia. Dengan zakat, konsep keadilan sosial dapat dipraktikkan. Kefahaman yang betul terhadap konsep ini, mampu membuatkan penerima zakat bangkit dan mungkin menjadi penyumbang zakat pula pada masa akan datang.
Ini terbukti melalui beberapa program pengupayaan diri hasil wang zakat, telah dapat membantu ramai keluarga membina kemahiran dan seterusnya berjaya membantu mereka meningkatkan hasil pendapatan.
Date Modified:
9/1/2010 12:26:38 PM
|
Khutbah Title:
Zakat Membentuk Masyarakat Berupaya Dan Cemerlang (Jawi) [3 September 2010] 
Date Modified:
9/1/2010 12:24:27 PM
|
Khutbah Title:
Al-Quran Mukjizat Teragung Sepanjang Zaman [27 Ogos 2010] 
Al-Quran jugalah yang berjaya mencetuskan keimanan seorang insan yang pada awalnya sangat menentang Islam, tetapi akhirnya beliau menjadi seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang amat berpengaruh lagi berwibawa. Beliau ialah Sayyidina Umar Ibn Al-Khattab r.a.
Ketika memetik tafsiran ayat 41-43 dari surah Al-Haaqqah menerusi tafsir Ibnu Kathir, Imam Ahmad Bin Hanbal meriwayatkan bahawa Sayyidina Umar telah berkata: “Sebelum aku memeluk Islam, aku telah keluar untuk mendapatkan Rasulullah sa.w. Maka aku dapati bahawa beliau telah mendahului aku ke masjid, lalu aku berdiri di belakangnya dan beliau membuka (solat) dengan bacaan (surah) Al-Haaqqah sehingga aku merasa takjub dengan kandungan Al-Quran.”
Date Modified:
8/25/2010 11:09:55 AM
|
Khutbah Title:
Al-Quran Mukjizat Teragung Sepanjang Zaman (Jawi) [27 Ogos 2010 
Date Modified:
8/25/2010 10:59:33 AM
|
Khutbah Title:
Kepentingan Ramadan Dalam Memupuk Kerohanian dan Keseimbangan Hidup (Jawi) [20 Ogos 2010] 
Date Modified:
8/18/2010 4:35:41 PM
|
Khutbah Title:
Kepentingan Ramadan Dalam Memupuk Kerohanian dan Keseimbangan Hidup [20 Ogos 2010] 
Puasa adalah rukun agama yang mempunyai beberapa dimensi. Pertama, kita telah terbiasa makan dan minum jika kita berkemampuan, dalam kehidupan seharian kita. Kerana itu, kita kurang menghargai nikmat yang sangat asas ini, kerana kita sering mendapatnya.?
Apabila kita berhenti makan dan minum, kita mula memahami makna nikmat tersebut, dan kita akan menjadi sangat bersyukur kepada Allah s.w.t. Di dalam erti kata lain, apabila kita menghentikan cara menjalani kehidupan seperti biasa, kita mula memahami maksud kehidupan itu sendiri.
Date Modified:
8/18/2010 4:33:48 PM
|
Khutbah Title:
Khutbah Kedua Khusus Untuk Membantu Mangsa Banjir di Pakistan [13 Ogos 2010] 
Date Modified:
8/12/2010 9:37:38 PM
|
Khutbah Title:
Ramadan Yang Terbaik Buat Kita [13 Ogos 2010] 
Selain itu, berpuasa di bulan Ramadan juga mengajar kita merasa erti kepayahan dan kesukaran golongan yang tidak bernasib baik, ia juga mengajar kita untuk memahami perasaan golongan yang kurang berkemampuan, yang ada antaranya terpaksa menahan lapar dan dahaga kerana tidak mempunyai kemampuan yang mencukupi.
Maka hendaklah kita bersikap prihatin antara sesama kita, lahirkan semangat keihsanan terutamanya kepada golongan yang sangat memerlukan. Hulurkan bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan, ketahuilah tiada bulan yang lebih baik bagi kita menjadi lebih dermawan selain dari bulan Ramadan.
Date Modified:
8/12/2010 9:18:09 PM
|
Khutbah Title:
Ramadan Yang Terbaik Buat Kita (Jawi) [13 Ogos 2010] 
Date Modified:
8/12/2010 9:18:23 PM
|
Khutbah Title:
Menjelangnya Ramadan, Bulan Mulia [6 Ogos 2010] 
Subhanallah! Maha Agung Allah yang telah menjadikan hati sanjungan kita Nabi Muhammad s.a.w., hati yang paling mulia di kalangan sekalian manusia. Hati yang sentiasa merasa malu untuk tidak mengabdikan diri kepada Tuhannya, biarpun dia dikurniakan kemuliaan yang paling besar yang tidak diberikan kepada mana-mana manusia.
Hati yang ingin bersyukur kepada Tuhannya sepanjang masa, biarpun telah dijamin Tuhan tempatnya di dalam syurga. Hati yang tidak pernah rasa cukup untuk merangkul cinta dan pengampunan Tuhannya, biarpun telah dijanjikan pengampunan oleh Allah s.w.t.
Date Modified:
8/3/2010 7:32:47 PM
|
Khutbah Title:
Menjelangnya Ramadan, Bulan Mulia (Jawi) [6 Ogos 2010] 
Date Modified:
8/3/2010 7:33:41 PM
|
Khutbah Title:
Kisah Seorang Petani - Pengajaran Dari Sunnah Bagi Perancangan Harta [30 Julai 2010] 
Melalui hadith ini, kita dapat melihat bagaimana Rasulullah s.a.w. mempunyai visi yang amat luas dan berpandangan jauh demi kesejahteraan umatnya. Walaupun kisah ini hanya melibatkan seorang petani, namun apa yang disampaikan pada hadith ini mampu memberi kesan besar dalam kehidupan setiap dari kita.
Date Modified:
7/28/2010 3:25:58 PM
|
Khutbah Title:
Kisah Seorang Petani - Pengajaran Dari Sunnah Bagi Perancangan Harta (Jawi) [30 Julai 2010] 
Date Modified:
7/28/2010 3:24:02 PM
|
Khutbah Title:
Kisah Keluarga 'Imran - Keluarga Yang Soleh Lagi Bertakwa [23 Julai 2010] 
Seperti mana para anbiya’ dan auliya’ lain yang dikasihi Allah, ahli keluarga ‘Imran juga tidak sepi daripada menerima ujian Allah s.w.t.? Antaranya dugaan yang ditempuhi oleh Maryam a.s. yang merupakan anak kepada ‘Imran.
Walaupun Maryam merupakan seorang wanita solehah dan datang daripada keluarga yang bertakwa, namun, Maryam juga tidak terlepas daripada diberikan ujian yang sangat berat oleh Allah s.w.t.
Date Modified:
7/23/2010 10:59:08 AM
|
Khutbah Title:
Kisah Keluarga 'Imran - Keluarga Yang Soleh Lagi Bertakwa (Jawi) [23 Julai 2010] 
Date Modified:
7/21/2010 12:17:45 PM
|
Khutbah Title:
Kisah Ashabul Kahfi - Contoh Para Belia Yang Beriman dan Bertakwa (Jawi) [16 Julai 2010] 
Date Modified:
7/14/2010 10:35:40 AM
|
Khutbah Title:
Kisah Ashabul Kahfi - Contoh Para Belia Yang Beriman Dan Bertakwa [16 Julai 2010] 
Di dalam kitab Tafsir al-Munir, disebutkan bahawa pemuda-pemuda Ashabul Kahfi ini berlindung di sebuah gua bagi menyelamatkan keimanan mereka daripada seorang raja yang zalim. Mereka ini kemudiannya ditidurkan oleh Allah s.w.t. selama lebih dari tiga ratus tahun! Peristiwa ini dikatakan berlaku selepas zaman kenabian Nabi Isa a.s.
Mengapakah pemuda-pemuda Ashabul Kahfi ini melarikan diri ke gua? Adakah mereka tidak sanggup menghadapi ujian Allah s.w.t.? Adakah mereka mengasingkan diri dari masyarakat kerana merasakan masyarakat mereka sudah terlalu rosak dan tidak boleh diperbaiki lagi?
Date Modified:
7/15/2010 1:27:57 PM
|
Khutbah Title:
Keimanan Dan Prinsip - Inspirasi Dari Kisah Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. [9 Julai 2010] 
Pada peristiwa Israk dan Mikraj ini juga, telah menyaksikan seorang insan yang amat berjasa kepada Islam dan amat dikasihi oleh Baginda s.a.w. Insan yang membenarkan segala kata-kata yang disampaikan Baginda s.a.w. Insan tersebut ialah ‘Abdullah Bin Abi Quhafah atau lebih dikenali sebagai Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a.?
Disebutkan dalam kitab Al-Israa’ Wa al-Mi’raj karangan Imam al-Suyuti, di antara sebab Sayyidina Abu Bakar digelar sebagai ‘As-Siddiq’ (yang membenarkan), ialah kerana kepercayaannya yang tidak berbelah bahagi pada kebenaran? peristiwa Israk dan Mikraj.?
Date Modified:
7/8/2010 12:40:05 PM
|
Khutbah Title:
Keimanan Dan Prinsip - Inspirasi Dari Kisah Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. (Jawi) [9 Julai 2010] 
Date Modified:
7/6/2010 11:10:58 AM
|
Khutbah Title:
Ayat-Ayat Cinta Dalam Al-Quran [2 Julai 2010] 
Al-Quran merupakan kitab yang lengkap dan sempurna, serta meliputi segala perkara yang dapat dijadikan sebagai panduan dan peringatan bagi manusia. Akan tetapi, terdapat sebahagian umat Islam yang hanya melihatnya sebagai kitab yang membicarakan tentang hal-hal yang bersangkutan dengan keimanan, ibadah, halal-haram mahupun tentang larangan-larangan Allah s.w.t. sahaja.
Sedangkan Al-Quran sebenarnya penuh dengan lafaz-lafaz cinta dan kasih sayang, dengan kekata yang berasal dari perkataan ‘rahmah’ sahaja diulang sekitar 178 kali di dalam Al-Quran.
Date Modified:
6/30/2010 11:28:54 AM
|