~ Pesanan Minggu Ini - 21 Januari 2011 ~
Mencapai Ketenangan Jiwa dan Minda Melalui Pengabdian Kepada Allah s.w.t.
Khutbah minggu ini mengingatkan kita apabila menghadapi kesukaran dalam kehidupan, untuk menyerahkan diri kita pada Allah s.w.t. dan mendekatkan diri kita dengan mengabdikan diri pada-Nya.
· Keimanan terhadap Allah membezakan antara kita dengan hamba-hamba-Nya yang lain, ia menjadi satu sumber motivasi untuk kita, dengannya kita menjadi lebih optimis dalam mengharungi hari-hari kehidupan kita di dunia.
· Solat bukan hanya sekadar untuk kita mengamalkan ibadah sahaja, tetapi ia sebenarnya lebih dari itu. Ia turut juga melibatkan pelbagai aspek fizikal, intelektual, emosi serta rohani.
· Ketenteraman hati juga akan melahirkan seorang yang bersifat lebih ihsan, lebih bersimpati, lebih menghormati dan prihatin kepada masyarakat dan keadaan sekelilingnya.
Apakah pandangan anda tentang khutbah minggu ini ?
*Sila letakkan alamat e-mel anda sekiranya anda inginkan jawapan daripada maklum balas yang diberikan. Terima kasih.