Press Releases 

 

Speeches    

  

Forum Replies 

  

Forum Replies (Archives) 

  

  

  

  

  

  

  

 



Guide to the Islamic Practices in Eidul Adha

Eidul Adha falls on the 10th day of the month of Zulhijjah. It symbolizes man’s sacrifice in the path of attaining the blessings of Allah, the Creator of the universe. It reminds us of the sacrifice of Prophet Ibrahim a.s. and his only son, Prophet Ismail a.s. Eidul Adha is also the season for the performance of pilgrimage to Mecca. This year, Eidul Adha is celebrated in Singapore on Sunday, 31st December, according to the local sighting of the new moon and based on astronomical calculations. The days surrounding this Eid give Muslims abundant opportunities to increase devotion to Allah, and to radiate compassion towards others.

There are several recommended acts in this season of Eidul Adha. Among them are:

i.                    To glorify Allah, by saying the takbir, tahmid and tahlil, and to offer the selawat upon His mesenger (peace be upon him) beginning from the dawn (fajar) of 9th Zulhijjah, until the asar time on 13th Zulhijjah. This is based on a hadith by Jabir r.a. which means: Indeed, the Messenger of Allah (peace be upon him) starts the takbir during the dawn prayer on the day of Arafah, till the asar prayer on the last day of tasyriq, after he has given his salam in the obligatory prayer. (Narrated by Ad-Daruqutni)

ii.                  To perform the ritual of sacrifice on the day of Eidul Adha until the last day of tasyriq (13th Zulhijjah). This ritual teaches Muslims to be sincere and to have piety (taqwa) in Allah s.w.t. The sacrifice can also strengthen the ties and spread love and compassion in the community, by sharing the meat with those in need, with families, friends as well as neighbors.

iii.                To observe the recommended fast on the day of Arafah. The Holy Prophet (peace be upon him) said in a hadith which means: Fasting on the day of `Arafah expiates the [minor] sins of two years: a past one and a coming one.” [Narrated by Muslim]. The day of Arafah falls on the 9th of Zulhijjah in the Islamic calendar. There is no authentic source which says that the fast of Arafah must coincide with the time of wuquf of pilgrims in Arafah. Rather, the recommended fast is on the 9th of Zulhijjah. Furthermore, due to the spherical shape of the earth and the different time zones, the fast which is performed in region or continents apart from the Holy Land can never coincide with the wuquf of the pilgrims, even though it is done on the very same day of wuquf.

May Allah grant Muslims  the world over with a blessed Eidul Adha, and bestow upon the pilgrims the rewards of  an accepted haj. Amin.

 


Panduan Amalan Pada Musim EidulAdha

EidulAdha ialah hari kesepuluh dari bulan Zulhijjah. Ia melambangkan pengorbanan manusia di dalam mengejar keredhaan Tuhan yang Maha Mencipta, seperti pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. bersama anaknya Nabi Isma’il a.s. Ia juga adalah musim ibadat bagi tetamu-tetamu Allah di tanah suci. Pada tahun ini, EidulAdha di Singapura jatuh pada hari Ahad, 31 haribulan Disember, berdasarkan rukyah (penglihatan anak bulan) dan hisab (perkiraan). Musim EidulAdha adalah peluang seseorang Muslim mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. dengan melahirkan keinsafan dan keihsanan.

Islam mensyariatkan beberapa amalan murni pada musim ini. Di antaranya adalah: 

i.                    Bertakbir, bertahmid dan bertahlil kepada Allah, serta berselawat ke atas Baginda Rasulullah S.A.W. bermula dari subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar hari tasyriq yang terakhir (13 Zulhijjah). Ini berdasarkan Hadith Jabir r.a. yang bermaksud bahawa “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bertakbir pada solat Fajar hari Arafah, sehingga waktu Asar daripada hari tasyriq yang terakhir, selepas Baginda memberi salam dari solat fardhu.” (riwayat Ad-Daruqutni)

ii.                  Melaksanakan ibadat korban pada EidulAdha sehinggalah penghujung hari tasyriq. Ibadat ini mengingatkan masyarakat Islam  untuk sentiasa bersifat ikhlas dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. Ibadat ini juga dapat merapatkan hubungan dan menyebarkan kasih sayang di antara manusia, dengan perkongsian daging bersama mereka yang memerlukan, keluarga, sahabat dan jiran tetangga.

iii.                Puasa sunat pada hari Arafah. Sabda Baginda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Puasa pada hari Arafah itu menghapuskan dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (Hadis riwayat Muslim). Hari Arafah adalah bertepatan dengan 9 Zulhijjah. Tidak ada dalil syarak yang menetapkan bahawa puasa Arafah mesti dilakukan serentak dengan masa wukuf jemaah haji di Arafah. Sebaliknya, ia disunatkan pada tanggal 9 Zulhijjah. Bahkan, dengan bentuk dunia yang bulat dan perbezaan waktu, puasa yang dilakukan di benua dan rantau selain dari tanah suci, tidak akan dapat dijalankan serentak dengan wuquf, walau dilaksanakan pada hari wuquf itu sendiri.

Semoga Allah mengurniakan masyarakat Islam dengan EidulAdha yang diberkati, dan menganugerahkan jemaah haji dengan haji yang mabrur. Amin.

 

 

How would you rate the usefulness of this content?
Poor
1
2
3
4
5
6
7
8
9
Outstanding
  

Optional:
Tell us why you rated the content this way

Characters Remaining:1024
 
 Rating Level:: 7.77/9

22 Total Ratings

 

 

 

 

Last update on : 9/12/2009