ISI KANDUNGAN
1 BAHAGIAN PERTAMA
PENGENALAN
2 BAHAGIAN KEDUA
PENERIMAAN CALON
3 BAHAGIAN KETIGA
PENDAFTARAN
PEMBAYARAN
SUBSIDI YURAN PEPERIKSAAN
4 BAHAGIAN KEEMPAT
NOMBOR KOD MADRASAH
5 BAHAGIAN KELIMA
MATA PELAJARAN BESERTA KOD
SUKATAN PELAJARAN
6 BAHAGIAN KEENAM
SYARAT MENGAMBIL PEPERIKSAAN
PEMBERIAN PANGKAT (GRED)
PEMBERIAN SIJIL
7 BAHAGIAN KETUJUH
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
RAYUAN
8 BAHAGIAN KELAPAN
TIDAK HADIR ATAU MENARIK DIRI
PEMBAYARAN BALIK
9 BAHAGIAN KESEMBILAN
PEMBATALAN
10 BAHAGIAN KESEPULUH
PANDUAN BAGI CALON PEPERIKSAAN
Peraturan Am
Penyakit Berjangkit
Dimasukkan ke Hospital
Kehilangan Sijil
11 BAHAGIAN KESEBELAS
PERTANYAAN
=============================================================================
- BAHAGIAN PERTAMA -
1 PENGENALAN
Peperiksaan Sijil Thanawi Empat (STE) ini dikelolakan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis). Peperiksaan ini diadakan setiap tahun dalam bulan September.
- BAHAGIAN KEDUA -
2 PENERIMAAN CALON
2.1 CALON-CALON PEPERIKSAAN
2.1.1 CALON SEKOLAH
Para pelajar yang sedang menuntut di madrasah-madrasah di Singapura di peringkat Thanawi Empat.
2.1.2 CALON PERSENDIRIAN
- Para asatizah yang sedang mengajar di madrasah masjid yang tidak mempunyai kelayakan minimum Thanawi Empat dan telah berada di dalam perkhidmatan sebelum tahun 1997.
- Calon-calon ulangan yang telah menduduki STE sejak tahun 2004.
- Calon-calon daripada madrasah yang tidak ikut serta di dalam STE dan berumur 15 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan.
- BAHAGIAN KETIGA -
3 PENDAFTARAN
3.1 Semua pendaftaran bagi menduduki peperiksaan ini hendaklah dibuat melalui Pengetua Madrasah, Pengerusi Jawatankuasa Pentadbir Masjid atau Unit Strategik Madrasah (USM), Muis.
3.2 Tarikh pendaftaran akan ditetapkan oleh pihak USM, Muis dan akan diberitahu kepada pihak Madrasah dan melalui keratan akhbar.
3.3 Semua maklumat yang dicatat/ditulis di dalam borang pendaftaran hendaklah benar dan disemak dengan teliti sebelum ditanda tangani dan diserahkan.
3.4 Para Pengetua madrasah hendaklah memastikan bahawa nama setiap calonnya sama dengan seperti yang tercatat di kad pengenalan.
3.5 Calon persendirian hendaklah mendaftar di USM, Muis di alamat:
Pusat Islam Singapura
No 1, Lorong 6 Toa Payoh,
Singapore 319376
Bagi calon ulangan, mereka dikehendaki membawa bersama salinan sijil STE yang telah disahkan.
3.6 Semua borang pendaftaran calon-calon yang telah diterima akan diproses. Satu penyata pengesahan yang terkandung di dalamnya senarai keterangan diri calon-calon dan mata pelajaran yang telah dipilih akan dihantar ke madrasah-madrasah untuk mendapatkan pengesahan bahawa semua keterangan yang tercap adalah betul dan tepat.
3.7 Bagi calon persendirian dari madrasah masjid, penyata tersebut akan dikirimkan kepada Pengerusi Lembaga Pentadbir Masjid untuk mendapatkan pengesahannya. Manakala bagi calon ulangan, penyata itu akan dikirimkan ke rumah mereka.
3.8 Jadual dan maklumat tentang pusat peperiksaan akan diberikan kepada semua calon bersama dengan penyata pengesahan.
3.9 PEMBAYARAN
3.9.1 Calon dikehendaki membayar yuran pendaftaran sebanyak $21.00 (termasuk GST 5%). Mereka juga dikehendaki membayar $21.00 (termasuk GST 5%) bagi setiap mata pelajaran yang diambil.
3.9.2 Bayaran boleh dibuat melalui wang tunai atau cek atas nama ‘MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA’.
3.10 SUBSIDI YURAN PEPERIKSAAN
3.10.1 Pihak USM, Muis akan memberi subsidi yuran peperiksaan kepada calon-calon madrasah yang memerlukan.
3.10.2 Bagi calon-calon yang ingin memohon subsidi ini, mereka perlu berbuat demikian melalui madrasah masing-masing.
3.10.3 Pihak madrasah akan mengeluarkan surat pengesahan bagi pihak si pemohon dan memastikan surat tersebut diberikan kepada USM, Muis dalam tempoh pendaftaran dijalankan.
Pihak USM, Muis akan memberi pertimbangan hanya pada permohonan yang diterima dalam tempoh yang telah ditetapkan dan jika perlu akan meminta pihak madrasah mengirimkan dokumen-dokumen berikut:-
- Kad pengenalan/surat beranak ahli keluarga
- Surat nikah/cerai/kematian waris
- Surat gaji ahli keluarga
- Kad lawatan penjara/DRC atau Kad Bantuan Welfare
- Surat pengesahan doktor (jika waris berpenyakit).
3.10.4 Pihak USM, Muis akan menetapkan jumlah subsidi yang akan diberikan mengikut kes yang diterima. Pihak madrasah akan diberitahu tentang perkara ini. Calon yang bermohon bolehlah membuat bayaran yuran mengikut ketetapan pihak USM, Muis.
- BAHAGIAN KEEMPAT -
4. NOMBOR KOD MADRASAH
4.1 Nombor kod bagi madrasah-madrasah yang terlibat dalam peperiksaan ini adalah seperti berikut:
|
No
|
Nama Madrasah
|
No Kod
|
|
1
|
Al-Maarif
|
M01
|
|
2
|
Al-Irsyad
|
M04
|
|
3
|
Al-Arabiah
|
M06
|
|
4
|
Persendirian
|
M07
|
- BAHAGIAN KELIMA -
5 MATA PELAJARAN BESERTA KOD
5.1. Mata-mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan ini beserta kodnya adalah seperti berikut :
|
Matapelajaran
|
Nombor Kod
|
Taraf
|
|
1) Bahasa Arab:
|
W01
|
WAJIB
|
|
|
W01/01
|
- Bahasa Arab 2 (Nahu & Saraf)
|
W01/02
|
|
|
W01/03
|
|
2) Al-Quran (Lisan)
|
W02
|
|
3) Tauhid
|
W03
|
|
4) Fiqh
|
W04
|
|
5) Tafsir
|
P05
|
PILIHAN
|
|
6) Sejarah
|
P06
|
|
7) Hadis
|
P07
|
|
8) Usul Fiqh
|
P08
|
|
9) Ulumul Quran
|
P09
|
|
10) Mustalah Hadis
|
P10
|
|
11) Mantiq
|
P11
|
|
12) Balaghah
|
P12
|
5.2 Kecuali mata pelajaran Bahasa Arab, kesemua mata pelajaran bertulis mempunyai satu kertas soalan. Setiap kertas soalan diberi masa selama 2 jam.
5.3 Semua jawapan di setiap kertas soalan bagi setiap mata pelajaran mesti dibuat dalam Bahasa Arab kecuali mata pelajaran Sejarah Islam yang boleh dijawab dalam Bahasa Arab atau Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
5.4 USM, Muis akan menawarkan mata pelajaran pilihan dengan syarat ia mendapat pendaftaran sekurang-kurangnya 10 orang calon.
5.5 SUKATAN PELA JARAN
5.5.1 Calon madrasah boleh mendapatkan sukatan pelajaran dari madrasah masing-masing.
- BAHAGIAN KEENAM -
6 SYARAT MENGAMBIL PEPERIKSAAN
6.1 Setiap calon yang ingin menduduki peperiksaan ini haruslah mengambil sekurang-kurangnya TUJUH (7) mata pelajaran, termasuk SEMUA mata pelajaran WAJIB dan mana-mana TIGA (3) mata pelajaran PILIHAN.
6.1.1 Seseorang calon dibenarkan mengambil lebih daripada TUJUH (7) mata pelajaran dengan syarat ia mendapat kebenaran dan sokongan pihak madrasah.
6.1.2 Bagi calon ulangan, mereka dibenarkan mengambil sebanyak mana mata pelajaran yang mereka kehendaki.
6.2 PEMBERIAN PANGKAT (GRED)
Semua keputusan akan diumumkan melalui Pengetua Madrasah. Sistem pemberian gred dan agregat adalah seperti berikut:
|
Agregat
|
Pangkat (Gred)
|
|
|
1
|
ممتازشرف
|
(Sangat Cemerlang)
|
|
|
2
|
ممتاز
|
(Cemerlang)
|
|
|
3
|
جيد جدا
|
(Amat Baik)
|
|
|
4
|
جيد
|
(Baik)
|
|
|
5
|
مقبول
|
(Lulus Dengan Baik)
|
|
|
6
|
ناجح
|
(Lulus Dengan Lemah)
|
|
|
7
|
ضعيف
|
(Lemah)
|
|
|
8
|
ضعيف جدا
|
(Amat Lemah)
|
|
|
9
|
غائب /غيرمؤهل
|
(Mangkir/Dimansuhkan)
|
|
Penyata keputusan akan diberikan kepada semua calon. Ia akan mencatatkan nama calon, nombor indeks, nombor kad pengenalan, nama madrasah dan kesemua mata pelajaran yang diambil oleh seseorang calon itu beserta dengan agregat dan gred yang diperolehi bagi setiap mata pelajaran.
6.3 PEMBERIAN SIJIL
Calon-calon yang mendapat sekurang-kurangnya pangkat مقبول (lulus dengan baik) dalam satu mata pelajaran akan mendapat sijil. Sijil tersebut akan mengandungi kenyataan tentang nama calon, nombor indeks, nombor kad pengenalan, nama madrasah/status dan semua mata pelajaran yang mendapat sekurang-kurangnya pangkat ضعيف جدا (amat lemah). Bilangan mata pelajaran serta bilangan mata pelajaran yang mendapat pangkat مقبول (lulus dengan baik) atau lebih baik juga akan dicatat.
- BAHAGIAN KETUJUH -
7 KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
7.1 Keputusan peperiksaan akan dikeluarkan tiga bulan selepas tarikh peperiksaan (Januari).
7.2 Penyata keputusan akan dikeluarkan mengikut nama madrasah/status, nama calon, nombor indeks serta nombor kad pengenalan calon seperti yang tertera di dalam borang pendaftaran.
7.3 USM, Muis akan menghubungi Pengetua Madrasah untuk mengambil keputusan peperiksaan.
7.4 Bagi calon persendirian, penyata keputusan mereka akan dikirimkan melalui pos.
7.5 RAYUAN
Keputusan peperiksaan akan disemak semula oleh USM, Muis bilamana Pengetua Madrasah menyokong rayuan bertulis dari calon madrasahnya.Rayuan tersebut hendaklah dikemukakan oleh Pengetua madrasah dalam tempoh masa sebulan selepas tarikh keputusan diumumkan. Bagi calon-calon persendirian, rayuan boleh diajukan langsung kepada USM, Muis. Keputusan USM, Muis adalah muktamad.
- BAHAGIAN KELAPAN -
8 TIDAK HADIR ATAU MENARIK DIRI DARI PEPERIKSAAN
8.1 Calon-calon yang tidak hadir pada hari peperiksaan akan diberiغائب (Mangkir) dengan agregat 9.
8.2 Calon-calon madrasah yang ingin menarik diri dari peperiksaan hendaklah membuat permohonan bertulis serta menerangkan sebab penarikan tersebut melalui Pengetua Madrasah tempat ia bersekolah sebelum 31 Julai 2006.
8.3 Calon-calon dari madrasah masjid yang ingin menarik diri hendaklah memohon secara bertulis dengan menyatakan sebab penarikan tersebut melalui Pengerusi Lembaga Pentadbir Masjid masing-masing sebelum 31 Julai 2006.
8.4 Calon-calon persendirian hendaklah membuat permohonan bertulis kepada USM, Muis.
8.5 Calon persendirian yang menarik diri dari keseluruhan peperiksaan hanya akan mendapat pembayaran balik 50% dari yuran bagi mata pelajaran yang dibayar termasuk GST sekiranya surat penarikan diri serta penyata pengesahan dan resit pembayaran yuran sampai pada pihak USM, Muis selewat-lewatnya pada tanggal 31 Julai 2006.
8.6 Bagi mereka yang menarik diri dari sebahagian mata pelajaran sahaja atau telah menyertai peperiksaan, tiada pembayaran balik akan diberikan.
- BAHAGIAN KESEMBILAN -
9 PEMBATALAN
9.1 USM, Muis berhak mengambil tindakan terhadap mana- mana calon yang didapati telah melanggar sebarang arahan atau melakukan perbuatan yang menyalahi peraturan yang ditentukan atau didapati tidak jujur dalam peperiksaan ini. Tindakan yang akan diambil adalah seperti yang berikut:-
-
a)menyingkirkan calon dari mengambil peperiksaan dan tidak membenarkan calon tersebut menduduki peperiksaan seterusnya, atau
-
b)membatalkan keputusan mata pelajaran yang diambilnya, atau
-
c) membatalkan keputusan bagi keseluruhan peperiksaannya, atau
-
d) mengambil tindakan-tindakan yang lain bagi menjamin keutuhan dan keselamatan peperiksaan tersebut.
9.2 USM, Muis berhak membatalkan keseluruhan keputusan bagi mata pelajaran yang diduduki oleh kesemua calon, jika pihak USM, Muis mendapati bahawa penyelewengan atau kebocoran kertas soalan atau sesuatu perbuatan melanggar peraturan peperiksaan telah berlaku dengan meluas atau perjalanan peperiksaannya tidak memuaskan.
- BAHAGIAN KESEPULUH -
10 PANDUAN BAGI CALON PEPERIKSAAN
10.1 PERATURAN AM
10.1.1 Calon madrasah hendaklah memakai unifom lengkap madrasah masing-masing. Calon persendirian lelaki hendaklah memakai kameja berkoler dan seluar panjang, manakala calon perempuan hendaklah menutup aurat dengan rapi.
10.1.2 Calon hendaklah berada di tempat duduk yang disediakan sekurang-kurangnya 10 minit sebelum peperiksaan dimulakan.
10.1.3 Calon mestilah mengambil kesemua mata pelajaran yang telah didaftarkan.
10.1.4 Calon yang datang lewat dari 30 minit tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan.
10.1.5 Calon hendaklah memberitahu pegawai/pengawas peperiksaan dengan segera jika terdapat sebarang kesilapan dalam kertas soalan seperti :
- Nombor soalan yang salah/ada soalan yang tertinggal.
- Salah cetak atau
- Ada muka surat kosong/hilang dsb
10.1.6 Ketika menjawab soalan, calon hendaklah menjarakkan antara satu jawapan dengan yang lain dengan kadar sekurang-kurangnya dua barisan.
10.1.7 Calon dibenarkan menjawab mana-mana soalan dahulu tetapi nombor soalannya hendaklah ditulis dengan jelas.
10.1.8 Calon tidak dibenarkan meninggalkan bilik peperiksaan ketika peperiksaan sedang berjalan melainkan mendapat keizinan daripada pegawai/pengawas peperiksaan.
10.1.9 Calon tidak dibenarkan memulangkan kertas soalan peperiksan melainkan jika telah berlalu tempoh setengah masa dari masa peperiksaan untuk kertas itu.
10.1.10 Semua calon dikehendaki membawa kad pengenalan masing-masing sepanjang masa peperiksaan dan hendaklah diletakkan di penjuru sebelah kanan mejanya untuk diperiksa.
10.1.11 Calon-calon harus menjawab dengan menggunakan pen biru atau hitam.
10.1.12 Calon tidak dibenarkan meninggalkan dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum tamat masa peperiksaan.
10.1.13 Kertas jawapan calon peperiksaan dan hasil kerja peperiksaan adalah hak milik USM, Muis.
10.2 PENYAKIT BERJANGKIT
Calon-calon yang mengidap penyakit berjangkit tidak dibenarkan menduduki peperiksaan tersebut, melainkan dengan cara yang dibenarkan oleh USM, Muis.
10.3 DIMASUKKAN KE HOSPITAL
Jika terdapat calon-calon yang dimasukkan ke hospital, pihak USM, Muis akan berurusan dengan pihak hospital bagi memastikan sama ada mereka boleh mengambil peperiksaan di hospital tersebut.
10.4 KEHILANGAN SIJIL
10.4.1 Pihak USM, Muis hanya akan mengeluarkan surat pengesahan sahaja dan bukan Sijil Peperiksaan jika seseorang calon telah kehilangan sijilnya. Bagi mendapatkan surat pengesahan tersebut pemohon hendaklah membuat surat permohonan kepada USM, Muis. Penyata keputusan hendaklah dilampirkan bersama.
Nama penuh yang telah digunakan pada masa pendaftaran masuk peperiksaan.
- Nombor kad pengenalan dan tarikh lahir.
- Nombor Indeks.
- Nama peperiksaan dan tahun peperiksaan tersebut diambil.
10.4.2 Bayaran sebanyak $31.50 (termasuk GST 5%) akan dikenakan bagi mereka yang hilang Penyata Keputusan / Sijil Peperiksaan.
- BAHAGIAN KESEBELAS -
11 PERTANYAAN
Segala pertanyaan atau persoalan berkaitan dengan peperiksaan ini bolehlah diajukan kepada Unit Strategik Madrasah, Muis
di alamat : Majlis Ugama Islam Singapura
No 1, Lorong 6 Toa Payoh,
Singapore 319376
Tel : 63591151/63591155
Faks : 63530664
e-mail : lukman@muis.gov.sg