CARA KIRAAN ZAKAT PERNIAGAAN 

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN 

  • Muslim: Hanya bahagian pemilikan orang Islam sahaja yang wajib dizakatkan. 
  • Harta Halal: Harta yang halal sahaja yang diwajibkan Zakat. 
  • Cukup Haul: Haul dikira daripada awal perniagaan sehingga genap tempuh satu tahun mengikut kalendar Hijrah (355 hari) atau Masehi (365 hari). 
  • Cukup Nisab: Nisab harta perniagaan dan wang dinilaikan berdasarkan harga pasaran 86 gram emas. 
  • Milik Sempurna (al-Milk at-Tam): Zakat diwajibkan terhadap harta perniagaan yang mempunyai status milik sempurna dari segi pemilikan fizikal (hiyazah) dan berkuasa mengurus tadbir (tasaruff) harta tersebut. 
  • Harta Produktif (an-Nama’): Harta yang diwajibkan Zakat mestilah yang boleh berkembang atau berpotensi untuk berkembang. 
  • Niat Perniagaan (urud at-tijarah): Niat perniagaan mesti dilakukan apabila harta tersebut dipunyai peniaga dengan bertujuan diperniagakan untuk memperolehi keuntungan. 

 KAEDAH TAKSIRAN 

Taksiran Zakat Perniagaan berpandukan* Kaedah Modal Kerja (Syari’yyah) yang mengambil kira kedudukan aset semasa perniagaan, ditolak liabiliti semasa dan dibuat pelarasan.  

Organisasi Perakaunan dan Audit bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI) FAS 9 menetapkan peraturan perakaunan berkaitan Zakat Perniagaan. 

 

FORMULA KIRAAN ZAKAT PERNIAGAAN 

Zakat Perniagaan = (Aset semasa – Liabiliti semasa +/- Pelarasan) x 2.5% x % Pemilikan Muslim 

CONTOH KIRAAN UNTUK PERNIAGAAN KECIL 

Tarikh hari ini: 

04/04/10 

Nisab hari ini di lelaman: 

$4,606 

  

  

1. Aset Semasa 

$ 

Wang tunai di tangan 

3,000 

Wang tunai di bank 

5,800 

Stok akhir 

4,500 

Hutang pelanggan 

1,500 

Jumlah Aset Semasa (A) 

14,800 

2. Tolak Liabiliti Semasa 

$ 

Hutang dagangan kepada pembekal 

500 

Lain-lain hutang (kos operasi sahaja) 

2,000 

Jumlah Liabiliti Semasa (B) 

2,500 

Aset Semasa Bersih (A-B) 

12,300 

3. Pelarasan 

$ 

Campur Aset Semasa 

+ Derma pada suku akhir tahun 

500 

+ Pengambilan wang kegunaan sendiri 

30,000 

Tolak Aset Semasa 

- Stok lapuk / Usang 

1,000 

Nilai Aset yang dikenakan Zakat 

41,800 

4. x Kadar Zakat 2.5% 

1,045 

5. x % Pemilikan Muslm (Contoh: 100%) 

1,045 

  

Jumlah Zakat Perniagaan 

  

  

1,045 

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Klik sini untuk muat turun risalah Zakat Perniagaan. 

 

 

 

 

 

 

 

Last update on : 3/5/2011