Keluarga & Rumahtangga
|
|
1.
|
Antara lelaki dan perempuan, siapakah yang lebih bertanggungjawab untuk menjaga ibu bapa yang sudah tua?
|
|
|
Tanggung jawab menjaga kedua ibu bapa yang sudah tua adalah tanggung jawab semua anak, tidak kira lelaki dan perempuan. Tiada ada perbezaan dalam tanggung jawab tersebut. Hanya jika anak perempuan itu sudah bersuami, maka izin suami perlu ada sebelum anak perempuan itu menjaga ibu bapanya. Namun, si anak perempuan itu tidak boleh berselindung di sebalik suami untuk tidak menjaga ibu bapanya yang sudah tua. Dia mesti yakinkan suaminya bahawa menjadi kewajipannya untuk menjaga orang tuanya, dan jika si suami tidak izinkan maka dosanya akan kembali kepada suami.
Walau bagaimanapun si anak perempuan itu berhak untuk menyumbang wangnya kepada orang tuanya walaupun tidak diizinkan suami kerana itu adalah wangnya dan bukan wang suaminya.
|
|
3.
|
Adakah wajib seorang isteri memberi nafkah kepada kedua ibu bapanya yang tidak lagi bekerja walaupun dilarang oleh suaminya?
|
|
|
Kewajipan menjaga dan menampung kehidupan ibu bapa yang sudah tua adalah kewajipan yang dikongsi bersama kesemua anak-anak, lelaki dan perempuan. Mereka perlu berbincang akan cara perkongsian yang sesuai untuk menampung kehidupan ibu bapa mereka. Mereka perlu sedar bahawa keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa.
Apabila seorang suami melarang isterinya dari memberi nafkah kepada ibu bapa isteri tersebut, dosanya berpindah dari isteri kepada suami. Oleh itu, para suami tidak wajar melarang isteri mereka dari menziarahi dan membantu sekadar mampu ibu bapa mereka.
|
|
5.
|
Bagaimanakah seseorang itu boleh menghormati jenazah orang tua atau saudara-maranya yang bukan Islam?
|
|
|
Umat Islam dilarang dari mengikuti upacara keugamaan orang bukan Islam. Oleh itu, kita tidak boleh mengikuti upacara keagamaan bagi kematian ibu-bapa yang bukan Islam. Cara menghormatinya adalah dengan menziarahi jenazah tersebut tanpa mengikut serta apa-apa upacara keugamaan.
|
|
8.
|
Apakah hubungan kita dengan anak saudara?
|
|
|
Anak saudara mempunyai hubungan darah dengan anda, samada ia dari talian darah adik-beradik lelaki ata perempuan. Mereka yang mempunyai talian darah sama kedudukannya dengan adik-beradik. Maka, perkara berhubungan dengan wudhu’ dan aurat sama seperti dengan adik beradik dan juga boleh bersalaman antara mereka. Anak saudara mempunyai hubungan darah dengan anda, samada ia dari talian darah adik-beradik lelaki ata perempuan. Mereka yang mempunyai talian darah sama kedudukannya dengan adik-beradik. Maka, perkara berhubungan dengan wudhu’ dan aurat sama seperti dengan adik beradik dan juga boleh bersalaman antara mereka. Anak saudara mempunyai hubungan darah dengan anda, samada ia dari talian darah adik-beradik lelaki ata perempuan. Mereka yang mempunyai talian darah sama kedudukannya dengan adik-beradik. Maka, perkara berhubungan dengan wudhu’ dan aurat sama seperti dengan adik beradik dan juga boleh bersalaman antara mereka.
|
|
9.
|
Wajibkah seseorang wanita menutup aurat dihadapan abang/ adik lelaki iparnya?
|
|
|
Ipar lelaki, iaitu suami pada kakak/adik dan adik lelaki atau abang pada suami bukan merupakan mahram seseorang. Seorang wanita boleh berkahwin dengan salah seorang daripada mereka. Jadi, wajib menutup aurat di hadapan mereka sepertimana wajib menutup aurat di hadapan lelaki asing yang lain.
|
|
11.
|
Adakah suami/isteri kedua seseorang itu adalah mahram kepada anaknya daripada perkahwinan yang lalu?
|
|
|
Suami/isteri kedua adalah bapa/ibu tiri kepada anak dari suami/isteri pertama. Jika anda telah bersatu dengan suami/isteri kedua, maka anak anda daripada perkahwinan lalu adalah mahram kepada suami/isteri kedua anda. Perhubungannya adalah sama seperti perhubungan anak dengan bapa kandung, cuma mereka tidak mewarisi antara satu sama lain.
|
|
13.
|
Adakah bapa/ ibu tiri mertua mahram kepada anak menantu tiri mereka?
|
|
|
Ibu/bapa mertua tiri tidak ada hubungan nasab atau ikatan perkahwinan yang diharamkan oleh syara' dengan suami atau isteri kepada anak tirinya. Ibu/bapa mertua tiri boleh bernikah dengan anak menantu tirinya jika beliau telah bercerai atau suami/isterinya telah meninggal dunia. Maka, mereka tidak dianggap sebagai mahram.
|
|