SEJARAH & WAWASAN
ANGGOTA MABIMS
SEKRETARIAT
KEGIATAN/MESYUARAT
UCAPAN
KERTAS KERJA/SUSULAN
LELAMAN WEB BELIA MABIMS
HUBUNGI KAMI
   
  SEKRETARIAT

BIDANG KERJASAMA


Sepanjang tahun 1989 hingga 2001 sebanyak 19 bidang kerjasama telah dibentuk. Bagi menangani perlaksanaan sesuatu projek atau kegiatan dalam setiap bidang kerjasama MABIMS, sebuah negara anggota dilantik menjadi Negara Penghubung bagi satu-satu bidang kerjasama berkenaan di samping mempunyai ahli (anggota) di setiap negara anggota MABIMS yang lain. Negara penghubung yang telah dipersetujui akan bertindak sebagai penyelaras (koordinator) bagi projek atau kegiatan yang telah dipersetujui.

Senarai Bidang Kerjasama dan Negara Penghubung Tetap adalah seperti berikut:


Pewakilan Negara Brunei Darussalam di SOM 26
Singapura, Julai 2002

1. Kawalan Barang Gunaan dan Makanan Orang Islam.
- Malaysia.

2. Penyelerasan Rukyah Dan Takwim Islam.
- Republik Indonesia.

3. Pelaksanaan Undang-Undang Keluarga Islam.
- Malaysia.

4. Ulama Dan Pegawai-Pegawai Terlibat Dalam Pentadbiran Hal Ehwal Islam.
- Republik Indonesia.

5. Pengkajian Islam Asia Tenggara.
- Malaysia.

6. Tamaddun Sebagai Media Dakwah.
- Republik Indonesia.

7. Pertukaran Bahan-Bahan Penerbitan.
- Negara Brunei Darussalam.

8. Muamalat MABIMS.
- Malaysia.

9. Pembangunan Dan Pengembangan Madrasah, Pesantren.
- Republik Indonesia.

10. Pengurusan Haji.
- Malaysia.

11. Perguruan Tinggi Agama Islam Negara Anggota MABIMS.
- Republik Indonesia.

12. Majlis Muzakarah Ulama MABIMS.
- Malaysia.


Pewakilan Malaysia di SOM 26
Singapura, Julai 2002


Bidang kerjasama ini mempunyai 2 agenda penting untuk menghasilkan garispandu yang diterimapakai oleh negara anggota. 2 Agenda tersebut ialah:

i. Prosedur Fatwa
ii. Garispanduan Berijtihad.

13. Penubuhan Pusat Pengakajian Dan Penyebaran Al-Quran ( PPPQ ).
- Negara Brunei Darussalam.

14. Pelaksanaan Cadangan Tilawah Al-Quran Peringkat Kanak-Kanak Dan Kursus Al-Quran Bagi Guru-Guru Agama/Al-Quran Negara Anggota MABIMS.
- Malaysia.

15. Muamalat MABIMS.
- Malaysia.

Bidang kerjasama ini mempunyai satu agenda penting untuk mengujudkan sebuah pusat maklumat berkaitan dengan perekonomian iaitu:

i. Penubuhan Pusat Jaringan Maklumat Yayasan Ekonomi Islam.

16. Penubuhan Pusat Sumber Maklumat Islam Di Peringkat Anggota MABIMS. - Negara Brunei Darussalam.

17. Manual Kerja Dan Mekanisme Pelaksanaan Undang-Undang Keluarga Islam MABIMS.
- Malaysia.

18. Perlaksanaan Pengurusan Zakat.
- Malaysia.

19. Mengatasi Masalah Sosial Di Kalangan Remaja Dan Belia Islam Yang Dihadapi Oleh Negara MABIMS.
- Republik Singapura.

Pewakilan Republik Indonesia di SOM 26
Singapura, Julai 2002

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL

Mesyuarat Jawatankuasa Tenaga Pakar adalah mesyuarat yang dihadiri oleh ahli jawatankuasa yang menganggotai bidang-bidang kerjasama MABIMS. Selain itu ia juga kadang-kadang dihadiri sama oleh pakar-pakar yang berhubung dengan satu-satu bidang atau satu-satu perkara yang berkaitan. Mesyuarat akan diadakan di salah sebuah negara anggota dan masa yang dipersetujui dalam mesyuaratnya.

Sehingga tahun 2001, sebanyak 00 jawatankuasa dalam pelbagai bidang telah dibentuk dan aktif dilaksanakan. Bagi menangani perlaksanaan sesuatu projek atau kegiatan dalam setiap bidang kerjasama MABIMS, sebuah negara dilantik untujk menjadi negara penghubung bagi satu-satu bidang kerjasama berkenan di samping mempunyai ahli di setiap negara MABIMS yang lain. Negara penghubung yang disetujui akan bertindak sebagai penyelaras bagi semua kegiatan yang telah dipersetujui.

Senarai bidang kerjasama yang mempunyai jawatankuasa yang telah dibentuk dan sedang giat dilaksanakan serta negara penghubungnya ialah:

1. Penyelarasan Rukyah dan Taqwim Islam.
- Republik Indonesia.

2. Undang-Undang Keluarga Islam.
- Malaysia.

3. Tamaddun Islam Sebagai Media Dakwah.
- Republik Indonesia..

4. Muamalat MABIMS
- Malaysia.

Bidang kerjasama ini mempunyai sebuah agenda yang masih dalam proses perlaksanaan iaitu menubuhkan Pusat Jaringan Maklumat Yayasan Ekonomi Islam.

5. Majlis Muzakarah Ulama.
- Malaysia.

Bidang kerjasama ini mempunyai 2 agenda untuk menghasilkan garispanduan yang ketika ini masih dalam proses perlaksanaan iaitu Prosedur Fatwa dan Garispanduan Berijtihad.

6. Penubuhan Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS.
- Negara Brunei Darussalam.

7. Mengatasi Masalah Sosial Di Kalangan Remaja dan Belia Islam Yang Dihadapi Oleh Negara Anggota MABIMS.
- Republik Singapura.

Pewakilan Republik Singapura di SOM 26
Singapura, Julai 2002


GARIS PANDUAN

Sepanjang MABIMS ditubuhkan dari tahun 1989 hingga 1999 beberapa buah buku garis panduan dan buku-buku yang telah dipersetujui bersama seterusnya digunakan di kalangan Negara Anggota MABIMS telah diterbitkan. Buku panduan dan buku-buku yang diterbitkan itu adalah seperti berikut:

  • Garis Panduan bersama mengenai Kawalan Barang Gunaan dan Makanan Orang Islam.
  • Garis Panduan bersama Perlaksanaan Undang-Undang Keluarga Islam.
  • Takwim Hijriah 1993-2020M / 1414-1442H.
  • Garis Panduan Hisab Rukyah.
  • Ajaran Sesat : Kemunculannya, Bahayanya, Pemulihannya.
  • Pembinaan Belia Cemerlang.
  • Pembangunan Keluarga Bahagia.
  • MABIMS – Wawasan dan Harapan.
  • Garispanduan Berijtihad.

| Sumber Maklumat | Lelaman Anggota MABIMS | Links |