MUIS memulakan tahun 1997 dengan kehilangan dua pegawai
kanannya, Encik Zainul Abidin Rasheed, mantan Presiden MUIS
memilih kerjaya dalam politik sementara Hj Yusuf Zuhri, Pengarah,
Jabatan Pendidikan Agama MUIS mengambil keputusan untuk
pesaraan awal.
Adalah satu pengunduran untuk hilang kakitangan pada
peringkat genting apabila kita bersama-sama mahu
mempertingkatkan lagi pelaksanaan pelan strategik. Manusia
datang dan pergi; visi kita mesti tinggal. Oleh itu, pelan mesti
dijalankan secara bertenaga dan misi mesti dicapai.
Adalah baik untuk memulakan tahun baru dengan
muhasabah: menyemak rekod kelakonan kita pada tahun lalu,
teliti kejayaan dan kegagalan. Hanya dengan itu kita dapat
menggunakan strategi yang berkesan untuk pelan bertindak dan
menjalankan kerja dengan lebih baik di masa hadapan.
MUIS memasuki tahun 1996 dengan beberapa perancangan
yang teratur:
- Pelan Bertindak yang jelas, disiapkan oleh jabatan-jabatannya
selepas beberapa sesi perbincangan
- kalender kegiatan tahunan disediakan
- mesyuarat mingguan bagi ketua-ketua jabatan diadakan untuk
melaporbalik operasi kegiatan dan membuat penilaian
- penilaian setiap suku tahunan dibuat
- dua mesyuarat kakitangan diadakan dalam setahun
Alhamdulillah, perancangan sistematik MUIS telah
membuahkan hasil dan pencapaian yang baik, antaranya:
- tambahan tenaga kerja peringkat eksekutif
- penekanan berterusan dalam latihan kakitangan
- sistem berkomputer MUIS telah selesai
- pendekatan baru dalam perhubungan dengan masjid; seorang
pegawai ditugaskan untuk mengawasi beberapa buah masjid
- penerimaan madrasah terhadap penyelian MUIS dalam
membangun pendidikan madrasah
- penghargaan dari para pembaca Warita dengan format baru
Untuk tahun 1997, MUIS akan terus mengukuhkan kekuatan,
mengatasi kekurangan yang ada dan mencari sumber-sumber
baru untuk memberi tekanan lebih positif, antaranya:
- kualiti kerja oleh kakitangan akan terus ditingkatkan
- Jabatan Dakwah dan Pembangunan Masjid yang baru
ditubuhkan untuk memberi penekanan kepada dakwah dan
pembangunan masjid
- memulakan bagi penubuhan Sekretariat Muzakarah Islam oleh
Bahagian Fatwa MUIS
- kempen zakat akan diteruskan
- imej MUIS akan terus dipertingkatkan sebagai satu 'jenama'
- penerbitan beberapa buah tajuk buku telah dirancangkan
Untuk mencapai Pelan Bertindak 1997, beberapa ciri penting
pada diri kakitangan perlu ada, antaranya:
- bergerak bersama dalam satu pasukan utuh
- jangan bertolak-ansur dalam kualiti
- komitmen penuh untuk memperbaiki dan mempertingkat
kelakonan kerja
- terus berpegang kuat dengan kejujuran dalam komitmen diri
dan kerja