Panduan Puasa & Amalan Pada Bulan Ramadan

........sambungan


Syarat-syarat Wajib Berpuasa

Orang-orang yang wajib mengerja-kan puasa Ramadan adalah seperti berikut:

  • Beragama Islam
  • Sudah cukup umur (baligh)
  • Berakal; orang gila tidak wajib
  • Berdaya mengerjakannya
  • Bermukim (tinggal tetap dalam negeri)


Syarat-syarat Sah Puasa

Seseorang yang ingin mengerjakan puasa sama ada puasa Ramadan atau puasa-puasa sunat mestilah melengkapi syarat-syarat yang berikut:

  • Beragama Islam
  • Berakal bukan gila
  • Mumaiyiz (Kanak-kanak yang dapat membezakan antara baik dan buruk iaitu berumur di antara 6 dan 7 tahun)
  • Suci dari haidh, nifas dan wiladah bagi orang-orang perempuan
  • Hari-hari yang dibolehkan berpuasa padanya. Hari-hari yang dilarang berpuasa ialah:
    • 1 Syawal (Hari Raya AidilFitri);
    • 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha);
    • 11, 12, 13 Zulhijjah;
    • 30 Syaaban.


Rukun Puasa

Niat Puasa

Niat puasa boleh dibaca di dalam bahasa yang difahami oleh seseorang Muslim itu.

"Sahaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala."

Perkara-perkara yang Membatalkan Puasa

  • Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja. Makan, minum, merokok membatalkan puasa
  • Muntah dengan sengaja; muntah yang tidak dengan sengaja tidak membatalkan puasa
  • Mengeluarkan air mani
  • Melakukan jimak (hubungan jenis) pada siang hari
  • Kedatangan haidh, nifas atau wiladah
  • Menjadi gila
  • Pitam sepanjang hari
  • Mabuk sepanjang hari
  • Murtad iaitu keluar dari agama Islam

........sambungan