........sambungan
AMALAN PADA BULAN RAMADAN
TERAWIH
Solat ini hanya boleh dikerjakan di bulan Ramadan sahaja. Hukumnya - Sunnah muakkadah. Masanya - Setelah seseorang itu mengerjakan solat fardu Isyak. Afdal (utama) dikerjakan berjemaah di masjid. Boleh dikerjakan bersendirian sahaja.
Menurut hadis Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah maksudnya: "Adalah Rasulullah saw sangat sukacita menganjurkannya supaya beramal di malam-malam bulan Ramadan, hanya baginda itu tidak menganjurkannya dengan keras. Baginda bersabda: "Siapa yang menunaikan ibadat solat pada malam-malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah nescaya diampunkan oleh Allah dosa-dosanya yang lalu."
WITIR
Solat witir (ganjil) boleh dikerjakan pada tiap-tiap malam dan yang lebih afdal pada bulan Ramadan, bersendirian atau berjemaah. Solat ini dikerjakan sekurang-kurangnya 1 rakaat dan boleh dikerjakan 3 rakaat, 5 rakaat, 7 rakaat, 9 rakaat dan sebanyaknya 11 rakaat.
Abu Daud dan an-NasaĠi telah meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Ayub yang maksudnya: "Rasulullah saw pernah bersabda" Solat witir itu hak, siapa yang suka mengerjakannya lima rakaat kerjakanlah, siapa yang suka mengerjakannya tiga rakaat kerjakanlah, dan siapa yang suka mengerjakannya satu rakaat sahaja pun kerjakanlah."
Niat witir dua rakaat: "Sahaja aku solat witir dua rakaat menjadi makmum
kerana Allah Taala."
Niat witir satu rakaat: "Sahaja aku solat witir satu rakaat menjadi makmum kerana Allah Taala."
SOLAT TAHAJJUD
Firman Allah dalam surah al IsraĠ ayat 19 yang bermaksud: "Pada sebahagian malam, bersolat tahajjudlah kamu sebagai satu ibadat tambahan."
Niatnya: "Sahaja aku solat sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala."
IKTIKAF
Iktikaf ertinya berhenti seketika atau lebih di dalam masjid dengan niat beribadat atau menghampirkan diri kepada Allah.
Hukumnya sunat dan istimewa sesudah tanggal 20 Ramadan hingga ke akhirnya.
Aisyah ra meriwayatkan yang maksudnya: "Adalah Rasulullah saw melakukan iktikaf sesudah tanggal 20 Ramadan, hal ini menjadi amalan Baginda hingga Baginda wafat."
Niat Iktikaf: "Sahaja aku beriktikaf dalam masjid ini kerana Allah Taala."
LAILATUL QADAR
Firman Allah dalam surah al Qadr ayat 1-3: "Kami telah menurunkan al Quran pada malam Lailatul Qadar. Apakah malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu terlebih baik dari seribu bulan..."
Para ulama berselisih pendapat tentang masanya Lailatul Qadar. Pendapat yang terkuat sekali menyatakan malam Lailatul Qadar jatuhnya pada malam-malam yang ganjil selepas tanggal 20 Ramadan iaitu: 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.
Pada malam-malam itu sangat eloklah kalau kita membanyakkan ibadat seperti solat, membaca al Quran, berselawat, berzikir dan memohon doa minta diampunkan dosa.
Imam Ahmad Ibni Majah dan Al Tarmidzi telah melaporkan sebuah hadis yang diterimanya dari Aisyah: Bahawa Rasulullah telah mengajarkan kepada-nya doa yang diucapkan pada malam Lailatul Qadar iaitu: "Wahai Tuhanku, bahawasanya Engkau Tuhan yang Maka Pemaaf, Engkau menggemari ke-maafan, maka maafkanlah daku."