|
ZAKAT PADA ZAMAN RASULULLAH
|
|
PELAN STRATEGI MUIS DAN ZAKAT
|
|
SUDAHKAH ANDA KELUARKAN ZAKAT
|
|
Kempen pendidikan zakat yang berjaya
|
|
Kesedaran masyarakat mengenai tuntutan agama
|
|
Prestasi ekonomi masyarakat Islam
|
|
BAYAR ZAKAT MELALUI MUIS
|
|
Mengoptimumkan sumber yang terbatas
|
|
Pengagihan kepada 8 asnaf
|
|
MUIS, badan berwibawa
|
|
Pusat ketipan zakat tersusun
|
|
KESIMPULAN
|
|
KEMANAKAH ZAKAT ANDA DIAGIHKAN?
|
|
Kewajipan Zakat Fitrah
|
|
Nisab Zakat Harta (Zakat on Wealth)
|
Zakat pada Zaman Rasulullah
RASULULLAH saw sendiri yang
memungut zakat. Baginda
jugalah yang mengagih-agihkan kepada mereka yang berhak menerimanya sebagaimana yang ditentukan oleh Allah. Baginda juga pernah melantik amil-amil untuk memungut zakat. Selepas Rasulullah wafat, khalifah-khalifah Baginda memegang peranan ini. Oleh yang demikian memang diterima umum bahawa yang wajib mengumpul dan mengagih-agihkan zakat adalah pihak yang bertanggungjawab dalam hal agama Islam dalam sesebuah negara. Pihak itu juga berhak melantik amil-amil supaya zakat-zakat yang terkumpul dapat diagih-agihkan mengikut susunan yang ditentukan oleh Islam. Syarat yang dikenakan ke atas pihak yang berwajib itu adalah zakat yang terkumpul mestilah digunakan mengikut kehendak agama dan terkawal supaya ia tidak disalahgunakan.
Pelan Strategi MUIS dan Zakat
MUIS telah mentadbir kutipan zakat seperti yang tertakluk di dalam Akta Pentadbiran Hukum Islam atau AMLA sejak ia ditubuhkan pada tahun 1968. Pelancaran Pelan Strategi MUIS pada Jan 95 telah memberi fokus baru mengenai kepentingan institusi zakat. Sumber kewangan daripada kutipan zakat adalah faktor penyumbang bagi merealisasikan visi 'Ke Arah Masyarakat Islam Cemerlang'.
Untuk mencapai tujuan itu, pelan bertindak zakat MUIS telah menetapkan dua matlamat:
- Program Kesedaran dan Pendidi-kan Zakat yang lebih agresif
- Kutipan sebanyak $10 juta setahun menjelang tahun 2000 (ber-dasarkan anggaran jumlah yang konservatif)
Sudahkah anda keluarkan zakat?
Inilah mesej yang MUIS tekankan sejak 3 tahun lalu kepada masyarakat Islam setempat. Kempen zakat ini selari dengan firman Allah swt dalam surah At-Taubah, ayat 103, 'Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu menjadi ketenteraman jiwa bagi mereka.'
Hasilnya, kutipan dan jumlah pembayar zakat harta MUIS telah meningkat secara mendadak sejak kempen zakat dilancarkan pada tahun 1995.
Peningkatan kutipan zakat adalah disebabkan oleh beberapa faktor berikut:
a) Kempen pendidikan zakat yang berjaya
Dayausaha MUIS mengorak langkah memberi peringatan dan kefahaman tentang kewajipan ibadah zakat turut meningkatkan penghayatan kepada ibadah ini yang kurang diberi perhatian. Daripada pertanyaan-pertanyaan yang MUIS terima melalui Zakat Hotline, ramai yang tidak pasti mengenai perkara-perkara asas yang bersangkutan zakat seperti Nisab, Haul dan harta yang wajib dizakat. Malah sebahagian besar tidak mengetahui cara kiraan zakat. Mengikut kajian (1) yang dijalankan, hanya 27% pembayar zakat mampu mengira zakatnya dengan sendiri tanpa bantuan orang lain.
b) Kesedaran masyarakat mengenai tuntutan agama
Kebangkitan Islam di rantau ini sejak tahun tujuh puluhan telah memberi implikasi besar ke atas umat Islam di Singapura. Manifestasinya dapat dilihat dari berbagai aspek seperti bertambahnya kegiatan dakwah, ribuan yang hadir di majlis syarahan, forum dan seminar yang dijalankan oleh badan-badan Islam setempat dan juga lebih ramai wanita Islam yang berpakaian menutup aurat jika dibandingkan dengan tahun enam puluhan dan sebelumnya.
Dari sudut ekonomi pula, sambutan hangat telah diberikan kepada produk-produk seperti Amanah Saham Mendaki, Takaful SKSGMS dan Takaful Ampro yang secara kese-luruhannya, telah menarik pelaburan lebih $60 juta dari masyarakat Islam. Akhir-akhir ini pula telah banyak diperkatakan di dalam akhbar setempat mengenai rancangan beberapa badan Islam dan pihak bank untuk mewujud-kan jendela sistem perbankan Islam.
Semua ini menunjukkan masya-rakat Islam mahu menerapkan nilai-nilai Islam secara syumul di dalam kehidupan seharian mereka.
c) Prestasi ekonomi masyarakat Islam
Kita sedar bahawa taraf ekonomi masyarakat Islam telah meningkat bersama pertumbuhan ekonomi negara Singapura sejak 3 dekad lalu. Peningkatan ini dapat dilihat dari segi saiz rumah yang didiami, pemilikan kenderaan, gaji bulanan dan lain-lain lagi yang semangkin meningkat. Amanah Saham Mendaki telah berjaya mengumpulkan lebih kurang $35 juta dari masyarakat Islam. Pengusaha rangkaian makanan seperti McDonald's dan KFC telah mendapatkan sijil halal setelah menyedari kuasa membeli masyarakat Islam yang tinggi.
Dengan bersandarkan sinario seperti di atas, kempen meningkatkan kesedaran berzakat sememangnya "dinantikan" oleh masyarakat. Ia bertujuan sebagai pendidikan dan peringatan.
........sambungan
|