
|
Makna Di Sebalik Logo Zikral Hijrah
Buku yang terbentang berwarna jingga(oren) melambangkan budaya ilmu yang terus berkembang dan membawa kemakmuran serta proses pembelajaran yang berterusan. Warna jingga juga melambangkan cahaya matahari yang membawa manfaat seperti juga ilmu yang diamalkan.
Kubah masjid berwarna biru melambangkan nilai Islam yang murni, sejagaat dan meluas. Keseluruhan logo tersebut merupakan lanskap ketamadunan dan peradaban dengan Islam, ilmu dan teknologi menjadi asasnya.
|
Meniti Tahun Baru Hijrah
Kalau tahun baru disambut
meriah oleh masyarakat
majmuk Singapura, bagaimana pula tahun baru Islam diperingati?
Zikral Hijrah merupakan peluang untuk mengingatkan masyarakat Islam agar memperbanyak amalan-amalan yang baik.
Menurut Ustaz Mohammad Hannan Hassan, Penolong Pengurus Jabatan Pendidikan Agama, "Meraikan Zikral Hijrah sebaik-baiknya bermula dengan amalan-amalan yang baik."
Sebagai badan tertinggi Islam di Singapura, MUIS melancarkan perayaan Zikral Hijrah dengan majlis khusus anjuran bersama Masjid Sultan. Tahun ini ia disambut pada 16 April menjelang Maghrib dengan bertemakan "Budaya Ilmu Teras Masyarakat Cemerlang" di Masjid Sultan.
"Tema ini sesuai dengan perkembangan masa kini di mana dunia berada dalam era ekonomi berteraskan ilmu,"ujar Ustaz Hannan.
Selain ucapan, ceramah dan penyampaian biasiswa kepada murid-murid madrasah, acara terpenting adalah doa akhir tahun yang diadakan sebelum solat maghrib dikuti dengan doa awal tahun selepas solat maghrib.
Ustaz Hannan berkata,"Dalam doa akhir tahun, kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu dan meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah. Dalam doa awal tahun pula, kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya."WK
Amalan Zikral Hijrah
- Minta keampunan ke atas
kesalahan lalu.
- Berazam untuk
meninggalkan perbuatan
dan sifat-sifat buruk.
- Berazam untuk
meningkatkan amalan-
amalan yang baik.
- Baca doa akhir tahun dan
doa awal tahun.
|
Muka 10