
|
Syed Ahmad Bin Syed Mohamed, Setiausaha Jawatankuasa Fatwa
|
Menyingkap Perkembangan Institusi Fatwa
Sebelum tahun 1966, ehwal yang berhubung dengan pengeluaran fatwa dilakukan secara tidak formal.
Alim Ulama Jadi Rujukan
Biasanya mereka yang memerlukan fatwa merujuk kepada alim ulama, imam-imam atau para kadi, selain daripada ruangan kemusykilan agama di radio serta beberapa penerbitan kumpulan kemusy-kilan agama.Ada juga yang mendapatkan fatwa daripada Mufti Johor dan Mesir.
MUIS Keluarkan Fatwa
Perubahan besar berlaku dalam
tahun 1966 dengan tergubalnya Akta Pentadbiran Hukum Islam (AMLA) yang antara lain meletakkan perlantikan Mufti Negara Singapura dan Jawatankuasa Fatwa bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan pengeluaran fatwa. Jawatankuasa Fatwa dipenge-rusikan oleh Mufti Negara Singapura, dianggotai oleh para ulama tempatan. Ia bertemu secara tetap dan mengeluarkan fatwa-fatwa menyentuh ehwal yang bersangkutan dengan pelbagai aspek kehidupan masyarakat Islam Singapura. Antaranya, zakat wang Tabung Simpanan Pekerja (CPF), pemindahan organ dan lain-lain lagi. Sejauh ini, sebahgian daripada fatwa-fatwa tersebut telah dibukukan dalam tiga jilid Kumpulan Fatwa MUIS.
Dalam usaha berterusan meningkatkan mutu dan keberkesanan para pegawainya, MUIS buat pertama kalinya menghantar saya ke Kahirah, Mesir pada Oktober tahun lalu, untuk mengikuti program pembangunan dalam bidang pengeluaran fatwa di Darul Ifta' Masriah (Jabatan Fatwa Mesir). Kursus selama setahun itu ditaja sepenuhnya oleh MUIS.
Darul Ifta' Masriah
Darul Ifta' Masriah adalah sebuah institusi yang mengeluarkan fatwa-fatwa rasmi di Mesir, telah wujud sejak lebih 100 tahun dan menjadi tempat rujukan hal-hal agama Islam. Ia turut melatih pegawai-pegawai agama dari negara-negara Islam.
Saya berharap akan dapat memanfaatkan pengetahuan dan pengalaman yang ditimba daripada Darul Ifta' Masriah ini untuk faedah umat Islam Singapura bagi mencapai visi Masyarakat Islam Cemerlang.WK

|
|
PROF TAN SRI AHMAD IBRAHIM
|
BALANGSUNGKAWA: PROF TAN SRI AHMAD IBRAHIM
Kita kehilangan seorang cendikiawan Islam yang amat besar sumbangannya kepada
masyarakat Islam dan negara. Beliau merupakan anak tempatan yang pertama
meraih ijazah kepujian kelas pertama dalam pengajian undang-undang dan ekonomi di Universiti Oxford, England.
Berita kepulangan Allahyarham Tan Sri Prof Ahmad Ibrahim, Sabtu 17 Apr 99, agak mengejutkan, kerana beliau kelihatan sihat sehingga akhir hayat, walaupun mengidap sakit jantung.
Dilahirkan pada 1916 di Singapura sekitar 82 tahun lalu, Allahyarham merupakan Peguam Negara pertama Singapura pada 1966. Pada tahun 1959 dilantik sebagai Peguamcara Negara, Allahyarham merupakan tokoh penting perwakilan Singapura ke perbincangan kemerdekaan Malaya di London dan perbincangan percantuman Singapura dan Malaysia.
Antara sumbangan besar Allahyarham ialah melakarkan Akta Kemerdekaan Singapura (Singapore Independence Act), Piagam Wanita dan Akta Pentadbiran Hukum Islam (AMLA). Allahyarham telah menghasilkan beberapa buah buku perundangan yang menjadi rujukan para pelajar undang-undang di beberapa buah universiti.
Walaupun Allayarham meninggalkan Singapura untuk bertugas sebagai Sheikh Al-Kulliah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) beberapa tahun lalu, beliau sentiasa diingati kerana sumbangannya yang besar dalam lanskap dan pembangunan sistem perundangan Singapura.
Muka 12