|
Mohd Azam Aziz,
Pegawai Audit, 29,
mula bekerja pada 1 April 99. Sebelum ini beliau bekerja di sebuah firma audit. Beliau menyedari bahawa bekerja di MUIS memang banyak cabaran dan ingin memainkan peranan dalam membantu MUIS mencapai misi dan matlamatnya. Menurut Azam,"MUIS kini dalam proses perubahan meningkatkan pencapaian masyarakat Islam ke tahap lebih tinggi. Saya ingin sama-sama membantu."
|

|
Mohd Azam Aziz Pegawai Audit
|
Firdaus Yahya, Pegawai
Eksekutif (Pejabat
Mufti),27 Mula bekerja di MUIS pada 1 Februari 99 setelah tamat pengajian di Mahad Hafiz, Malaysia. Beliau juga adalah lulusan Universiti Al Azhar dalam bidang Bahasa dan Sastera Arab. Sekarang ini beliau menyelenggarakan projek menyiapkan kalender Islam, Hafiz Al-Quran selain tugas rutin menyiapkan teks khutbah Jumaat."Bekerja di badan tertinggi Islam di Singapura bermakna saya dapat memberi sumbangan langsung kepada masyarakat," jelas Ustaz Firdaus.
|

|
Firdaus Yahya, Pegawai
Eksekutif (Pejabat
Mufti)
Zalman Putra Ahmad Ali,
Pegawai Eksekutif
(Pejabat Mufti), 25, menyertai MUIS pada 2 Disember 98. Sebelumnya beliau bertugas sebagai pegawai eksekutif (Pembangunan Belia) di Perdaus. Kini beliau terlibat dalam perancangan program biasiswa untuk asatizah dan pembangunan asatizah. Beliau juga terlibat dalam memberi kaunseling kepada masyarakat yang bermasalah dalam kefahaman agama. Menurut Zalman, "Tugas ini sungguh mencabar tetapi memberi kepuasan kepada saya kerana berpeluang memahami masalah masyarakat."
|

|
Zalman Putra Ahmad Ali,
Pegawai Eksekutif
(Pejabat Mufti),
Shahri Hairalah, Pegawai
Sistem Maklumat, 30,
menyertai MUIS pada 1 Februari 99 lalu. Beliau sebelumnya bekerja di Politeknik Singapura sebagai pegawai teknikel. Berkelulusan Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Singapura, beliau kini bertanggungjawab mengen-dalikan Projek Teknologi Maklumat Madrasah (MITP). Dengan pengalaman bekerja sebelum ini dan minat yang mendalam, beliau mendapati, "Pekerjaan ini tidak menimbulkan tekanan kerana kita melakukannya untuk saudara Muslim sendiri. Ia adalah satu cara positif bagi saya berbakti menyumbangkan idea dan tenaga."
|

|
Shahri Hairalah,
Pegawai
Sistem Maklumat,
Khatijah Shaik Abu
Bakar, Pegawai
Hartanah (Wakaf), 50, "melangkah" ke MUIS pada 1 Oktober 98. Pernah bertugas sebagai setiausaha syarikat dan penanggung jawab kewangan di syarikat swasta, beliau kini sedang menyiapkan tesis untuk ijazah sarjananya di Institusi Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) di Malaysia. Beliau bertanggungjawab dalam pentadbiran harta wakaf. Beliau berkata, "Saya ingin bekerja dan memberi sumbangan kepada pertubuhan Islam setelah sekian lama bertugas di syarikat komersial. Bekerja di bahagian wakaf ini, memberi saya kefahaman yang lebih baik terhadap pentadbiran harta wakaf di Singapura."
|

|
Khatijah Shaik Abu
Bakar, Pegawai
Hartanah (Wakaf)
| | | |
Muka 15
|