Projek Cerah


 

Talian Hotline: MENDAKI (2455760/2455723) AMP (4402382)

Tips KEKUATAN MINDA Bagi Mereka yang Terjejas oleh Krisis Ekonomi

  • Anggap bahawa situasi sekarang ini adalah sementara. Ia bukan tanda-tanda kegagalan.

  • Dapatkan pertolongan yang disediakan seperti khidmat mencari pekerjaan dan skim bantuan kewangan.

  • Berkongsi kekhuatiran anda dengan kawan dan keluarga.

  • Menyesuaikan harapan dengan tidak terlalu memilih pekerjaan.

  • Terima pekerjaan separuh masa sementara mendapatkan yang lebih baik.

  • Lakukan sesuatu yang meriangkan atau menenangkan fikiran. Ia akan membantu anda berfikir dan membuat keputusan.

    Dipetik daripada Majlis Kebangsaan Perkhidmatan Sosial

  • Bingkisan Projek Cerah

    Lebih dari 600 orang telah mendaftarkan diri dengan Projek Cerah, skim bantuan bagi mereka yang kehilangan pekerjaan. Skim yang dikendalikan bersama oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Angkatan Karyawan Islam (AMP) dan Mendaki ini telah dilancarkan pada 25 September lalu.

    MUIS telah menya-lurkan $1.2 juta kepada projek ini yang bertujuan membantu keluarga-keluarga yang terjejas oleh krisis ekonomi. Tahun lalu, 27,000 orang telah dibuang kerja. Satu dalam setiap lima orang adalah orang Melayu. Tahun ini pula 20,000 dijangkakan akan kehilangan pekerjaan.

    Latihan Semula Pelbagai jenis bantuan telah diterima oleh 605 orang yang men-daftarkan diri dengan Projek Cerah. Seratus enam puluh dua orang telah menghadiri kursus Latihan Intensif Kema-hiran Tempat Kerja (Intensive Workplace Skills Training) selama dua minggu, 76 telah menerima subsidi sebanyak 70% untuk menghadiri Latihan Kemahiran Vokasional (Vocational Skills Training), 65 permohonan lain sedang dipertim-bangkan sementara 33 orang telah disalurkan kepada latihan SRP (Skills Redevelopment Programme).

    Bantuan Kewangan Selain dari itu,453 orang dari 97 keluarga telah diberi bantuan kewan-gan sebanyak $87,251.50 untuk mengurangkan beban mereka. Seratus enam orang juga telah dibantu untuk mendapat pekerjaan semula.

    Menurut Cik Jamaliah Abdul Rahim, Pengurus Jabatan Pembangunan Keluarga, MUIS, "Mereka yang masih belum dapat pekerjaan selepas sebulan, harus segera mendaftarkan diri dan usah terlalu memilih pekerjaan. Mereka harus cuba memahami kehendak majikan kerana kini agak sukar untuk mendapat pekerjaan. Walaupun terdapat banyak peluang pekerjaan, pekerja perlu melalui latihan terlebih dahulu. Inilah sebabnya Projek Cerah banyak menekankan peri pentingnya latihan semula."

    Pendidikan Awam Untuk menarik lebih ramai menyertai Projek Cerah, Mendaki telah menganjurkan Pameran Pendidikan Awam di Stesyen Pertukaran Bas Tampines pada 10 April. Rancangan Meniti Pelangi ­ Jaya Diri juga telah mengkhususkan satu episod bagi memperkenalkan Projek Cerah pada 11 Mac lalu.

    AMP pula telah menyertai Pesta Pekerjaan Kementerian Tenaga Manusia di Eastpoint pada 23 Mar dan di Ang Mo Kio pada 10 April dalam usahanya mencapai matlamat yang sama.

    Bagi MUIS, penekanan peri penting latihan semula, mengejar ilmu dan memperbaiki diri diselitkan dalam khutbah-khutbahnya dari Januari sehingga kini, dengan tema seperti Etika Kerja Dalam Islam: Krisis Ekonomi dan Keperluan untuk Bermuhasabah dan sebagainya. WK


    Muka 5