|
Syarat
penting pemindahan ginjal ialah ia hendaklah tidak membahayakan
dirinya dan sesuai untuk penerima. Ini bererti ia harus melalui
suatu proses penelitian yang terperinci sebelum diambil ginjalnya.
Operasi pemindahan ini telah terbukti dengan rekod kejayaan
yang positif. Sekaligus ia berpotensi memberikan harapan kehidupan
bagi pesakit-pesakit ginjal.
Ginjal yang tidak berfungsi boleh dijangkiti pelbagai penyakit
dan mengakibatkan kematian kepada pesakitnya.
Syariat
menyelamatkan nyawa
Menyelamatkan nyawa dan mengutamakan keselamatan manusia adalah
salah satu daripada syariat Islam. Islam menggalakkan umatnya
mengurus diri dan hidup bermasyarakat dengan sempurna. Segala
perkara yang boleh membawa bencana dan kemudaratan kepada diri
dan masyarakat, seperti pembunuhan, penganiayaan, penularan
penyakit dan sebagainya, disyariatkan oleh agama untuk kita
menjauhinya.
Menurut kaedah hukum Fiqh Islam, sekiranya dalam keadaan yang
terdesak seperti tiada ubat yang sesuai yang boleh menyelamatkan
nyawa seseorang, dibolehkan menggunakan apa jua ikhtiar sekalipun
terhadap perkara yang haram, semata-mata untuk mengatasi masalah
tersebut. Kaedah hukum ini adalah berdasarkan firman Allah dalam
Surah Al-Baqarah A yat 173 yang bermaksud:
Barangsiapa
dalam keadaan terpaksa sedang ia tidak menginginkannya dan tidak
pula ia melampaui batas, maka tidaklah ia berdosa.
Perkara yang dilarang dari segi syarak dibolehkan jika dalam
keadaan darurat. Dari itu dibolehkan memakan bangkai, atau minum
arak yang terlarang, demi untuk menyelamatkan nyawa dalam keadaan
darurat.
Ukurtara darurat ialah hal keadaan dimana tiada terdapat pilihan
untuk seseorang dan jika ianya tidak makan atau minum benda
yang dilarang itu, ia akan mati atau boleh membawa mudarat yang
besar.
Sementara hadis Rasulullah saw menasihatkan:
Tidak
boleh melakukan hal-hal yang membawa kepada mudarat. Begitu
juga bertindak balas dengan hal-hal yang memudaratkan.
|
Prinsip
Ithar
Dalam prinsip perundangan Islam, secara umum terdapat
sifat-sifat yang sesuai diambil pertimbangan dalam menentukan
hukum. Antaranya ialah sifat mengutamakan orang lain daripada
diri sendiri yang juga disebut sebagai Ithar. Sifat ini adalah
perwajahan mulia seseorang mukmin yang hanya mengharapkan keredhaan
Allah.
Sebagai
contoh, peristiwa dalam kisah Hijrah Rasulullah. Saidina Ali
r.a. mendedahkan dirinya kepada bahaya apabila ia bersetuju
mengambil tempat Rasulullah saw dan sanggup tidur di katil Rasulullah,
ketika Baginda hendak berhijrah ke Madinah. Saidina Ali tahu
pakatan kaum kuffar hendak membunuh Rasulullah pada malam itu.
Sifat
Hibah
Memberi sesuatu kepada orang lain dengan tidak mengharapkan
balasan apa-apa atau hadiah. Sifat ini adalah akhlak mulia yang
digalakkan oleh Islam sebagai tanda murah hati. Sesiapa yang
mengamalkannya maka ia akan mendapat kemuliaan.
Rasulullah saw telah bersabda : Berilah hadiah antara sesama
kamu nescaya kamu akan berbaik-baik selalu. Rasulullah saw
sendiri menerima hadiah dan membalas hadiah orang termasuk daripada
orang kafir.
Sepakatan
ulama
Berdasarkan kepada kesimpulan di atas, maka jelaslah kepada
kita bahawa membantu pesakit ginjal untuk menyelamatkan nyawanya
adalah suatu sumbangan yang murni dan sesuai dengan syariat
agama. Dalil-dalil tersebut mengesahkan bahawa pemindahan ginjal
kepada pesakit yang memerlukan atas dasar darurat dan memelihara
maslahat umum adalah diharuskan.
Masalah yang sama juga telah dibincangkan dan dipersetujui oleh
mufti-mufti badan kajian hukum Islam antarabangsa seperti:
- Majmak
el buhuth el Islamiah di bawah pengurusan Universiti Al Azhar.
- Majmak
buhuth el Islamiah di bawah Perbadanan Muktamar Alam Islami.
- Majmak
al Fiqh el Islami di bawah Perbadanan Rabitah Alam Islami.
- Mufti-mufti
kebanyakan negara-negara Islam dan bukan Islam.
Semoga jawapan dan penerangan saya ini menjadi panduan saudara
dan diucapkan selamat sejahtera.
Syed
Isa Mohd Semait
Mufti Negara
|