Kesederhanaan Sikap Beragama Kunci Kesejahteraan Singapura

SEBAGAI badan penguasa tertinggi Islam di Singapura, MUIS sentiasa sedar peranannya dalam menjelmakan gambaran yang betul mengenai Islam dan masyarakat Islam di negara ini.

Tugas MUIS di sini ialah menjamin masyarakat Islam terus dibimbing untuk memahami Islam pada perspektifnya yang betul, terelak daripada sikap melampau dalam mendekati dan menghurai masalah- masalah yang dihadapi, dan bergerak maju tanpa kehilangan jatidiri keislaman mereka.

Kita bersyukur kerana gambaran yang dimaksudkan itu sudah ada asasnya sekarang. Masyarakat Islam kini semakin menampakkan keazaman untuk majudiri tanpa berasa perlu menyisih pegangan agama. Mereka menyokong usaha-usaha bantudiri seperti menerusi program pembinaan masjid dan peningkatan pendidikkan. Mereka juga menyedari perlunya menggunakan pendekatan agama dalam mengekang gejala penyakit sosial.

MUIS berazam akan mengukuhkan asas yang sedia ada itu. Selain daripada meneruskan program-program yang bersifat fizikal, pembinaan dan pengukuhan kerohanian akan ditekankan.

Dalam hal ini MUIS akan mengenalpasti senarai nilai- nilai positif yang perlu ditonjolkan secara kerap dan besar- besaran untuk membolehkannya difaham dan dilazimkan dalam kehidupan harian. Nilai-nilai ini akan digarap bagi mendasari semua program MUIS. MUIS yakin nilai-nilai tersebut jika telah dilazimkan secara sedar pasti akan mendarah daging menjadi peribadi yang sebati dengan diri.

MUIS juga akan memanfaatkan saluran-saluran pendidikan Islam yang ada untuk menekankan pentingnya mereka yang belajar agama mendapat fahaman agama pada perspektif yang betul yang mengambil kira dinamik Singapura sebagai negara sekular perbandaran dengan masyarakat yang majmuk.

MUIS yakin kesederhanaan dalam sikap beragama Islam di sini telah menjadi faktor penting mewujudkan kestabilan dan kesatuan mereka sehingga mereka menjadi lebih yakindiri dan terus bersedia menyertai agenda negara. Faktor ini tidak boleh dipandang enteng sebagai satu sumbangan kepada kesejahteraan Singapura.

Rebuilding of Madrasah Aljunied

The history of Madrasah Aljunied Al-Islamiah and its contributions to the Muslim community goes back to 1927 when it was founded by Al-Marhum Syed Abdul Rahman bin Junied Aljunied, the grandson of one of the Muslim pioneers of modern Singapore, Al-Marhum Syed Omar bin Syed Ali Aljunied. One of the main reasons for the setting up of the Madrasah was to provide Islamic education for the Muslims and to produce ulama', many of whom are now in leadership positions not just in Singapore, but also in Malaysia and Brunei. Alhamdulillah.

Now, the madrasah is facing a new challenge and the community must respond positively to ensure the madrasah's continued existence and success in its position and role. Affected by Singapore's urban redevelopment programme in 1991, the waqaf land, on which the madrasah land was built, was acquired by the government. The government however has agreed and approved in December 1995 to lease MUIS, a site 5,200 sq m. in area, within the same vicinity, for the redevelopment of madrasah.

Reasonable progress has been achieved by Madrasah Aljunied Redevelopment Committee in its effort to make the redevelopment of the madrasah a success. The building plan is ready, the piling begins in September this year and the new madrasah is expected to be ready in March 1998. The cost of the whole project is estimated to be about S$12 million, and to date only S$4.5 million has been raised and S$7.5 million more is needed.

The community must therefore rise to the occasion, answer the call of the madrasah and positively help to raise the S$7.5 million or maybe more. By doing so the community would fulfilling its responsibility of supporting the redevelopment of Madrasah Aljunied and thus ensuring that there would always be asatizah and ulama', able and willing to contribute to the community through the 21st century.