|
Bantu Madrasah Aljunied
PEMBINAAN semula Madrasah Aljunied
Al-Islamiah melambangkan tahap baru
pelanjutan madrasah bersejarah itu
terhadap kesinambungan peranan pendidikan
Islam di negara ini.
Sekali lagi kekentalan semangat kita teruji
untuk terus bekerja keras, bergotong-royong
dan berdayausaha mempastikan keperluan
$7.5 juta lagi bagi biaya pembinaan semula itu
dapat dipenuhi dalam tempoh kira-kira dua
tahun.
Sebenarnya sudah terdapat tanda-tanda
adanya keghairahan menyokong projek mulia
ini sama ada daripada orang-orang perseorangan
ataupun badan-badan termasuk Yayasan Mendaki (YM)
dan Angkatan Karyawan Islam (AMP).
Keghairahan ini wajar dipupuk menerusi
kerja-kerja menggembeling sokongan itu
secara terlaras dan bersistem. Maklumat
berterusan mengenai kemajuan projek ini harus
dihebahkan sebagai cara mengukuh sokongan
yang ada.
Langkah positip telahpun diambil. Sebuah
unit penyelaras bagi semua projek menambah
dana dalam negeri telah dibentuk yang
dianggotai oleh wakil-wakil MUIS, Jawatankuasa
Pembinaan Semula Madrasah Aljunied
dan beberapa orang perseorangan. Di antara
tugas unit ini ialah mengenalpasti projek-projek
menambah dana yang boleh dijalankan dan
menugaskan perlaksanaannya kepada
kumpulan-kumpulan yang bersedia
membantu.
MUIS sendiri akan memanfaatkan jentera
Dana Madrasahnya sepanjang 2 tahun ini untuk
dana pembinaan semula Madrasah Aljunied.
MUIS juga telah membenarkan sebuah tabung
khas diletakkan sepanjang tahun di semua
masjid bagi tujuan ini. Kutipan dana sempena
salat Jumaat bagi dana ini ditambah kepada 2
kali setahun.
MUIS juga telah meminta masjid-masjid
menjalankan projek-projek khas menambah
dana untuk keperluan ini, sama ada secara
bersendirian ataupun bergabung dengan
masjid-masjid lain.
Falam pertemuannya dengan agen-agen
perlancongan yang menawarkan khidmat haji,
MUIS juga telah mendapatkan kerjasama
mereka membantu menjayakan projek
pungutan dana ini.
|