ALLAH s.w.t. telah berfirman
yang bermaksud "setiap jiwa
itu akan merasai mati" (Ali
Imran:185). Rasulullah juga telah
mengingatkan kepada umatnya agar
sentiasa mengingati mati dalam
sabdanya yang bermaksud "Perbanyakkanlah
memperingati perkara yang
memutuskan kenikmatan dunia (mati)."
Kematian merupakan suatu saat
yang paling penting dan genting dalam
akhir kehidupan manusia. Penting
kerana disaat itulah yang menentukan
ke arah mana yang bakal dituju selepas
itu. Sama ada di tempat yang
mendapat rahmat dari Allah atau
sebaliknya. Justru itu, Rasulullah s.a.w.
telah mengajar kita agar sentiasa
berdoa agar mendapat "Husnul
Khatimah" yakni akhir kehidupan yang
baik. Ada pun kematian itu merupakan
saat yang genting kerana sewaktu
menghadapi sakratul maut iaitu
merupakan satu kesakitan yang amat
sangat, yang menjadikan orang yang
menghadapinya tidak dapat berfikir
dengan baik serta tidak merasa
ketenteraman disebabkan sakit yang
amat sangat yang sedang ditanggunginya.
Rasulullah s.a.w. sendiri dalam
sebuah hadisnya mengenai kematian
pernah menyifatkan keadaan sakit
sewaktu sakratul maut itu lebih dahsyat
dari ditusuk dengan 300 bilah pedang.
Bagi membantu orang yang
sedang menghadapi kematian serta
menenangkannya dalam menanggung
kesakitan yang amat sangat itu,
beberapa panduan yang telah
disenaraikan oleh syarak untuk
melakukannya bagi ahli keluarga atau
sesiapa yang menziarahi orang yang
sedang menghadapi kematian dan
selepas kematian:
|
1 Perkara-perkara yang perlu dilakukan menghadapi orang sedang nazak:
|
a) | Apabila pesakit sedang menghadapi kematian, disunatkan bagi ahli keluarganya atau sesiapa yang
menziarahinya agar membaringkannya dengan memiringkan ke kanan dan menghadapkan mukanya ke
arah kiblat. Jika perkara ini sukar dilakukan maka hadapkan sahaja mukanya ke arah kiblat dengan
meninggikan kepalanya dengan bantal.
| |
b) |
Disunatkan juga agar mengajarkannya membaca kalimah syahadah iaitu "Lailaha illallah" dengan
membisikkan di telinganya dengan lembut dan perlahan berulang kali. Ini sepertimana yang disebutkan di
dalam hadis yang bermaksud: "Ajarkan kepada orang yang sedang menghadapi kematian bacaan Lailaha
illallah." (riwayat Muslim)
Ada hadis riwayat lain yang menerangkan bahawa disunatkan membaca surah Yaasin.
| |
c) | Disunatkan juga agar dingatkan kepadanya supaya berbaik sangka dengan Allah dan mengharapkan
pengampunannya serta berdoa agar dimatikannya dengan keadaan beriman dengan Allah s.w.t.
| |
d) | Dititiskan air di tekaknya sedikit demi sedikit (jangan sampai dia tersedak) kerana ada riwayat
orang yang sedang sakarat itu kehausan.
| |
e) | Disiwakkan (disugi) perlahan-lahan dengan kayu siwak.
|
|
2 Perkara-perkara yang perlu dilakukan
bagi menyelenggara orang yang baru
menghembuskan nafas terakhir.
a) Hendaklah ditutup mata dan
mulutnya (jika terbuka).
b) Mengusap dan mengurut seluruh
anggotanya khususnya pergelangan-
pergelangan tangan, siku, peha,
lutut dan kaki. Ini bagi
memastikan keseluruhan pergelangan
tersebut menjadi lembut bagi
memudahkan urusan permandian.
c) Meletakkan satu benda yang berat
di atas perutnya dengan tujun
agar tidak dimasuki angin.
d) Menyalinkan pakaiannya yang
sedang dipakai dengan kain yang
dapat menutup seluruh anggota
badannya.
e) Setelah itu disunatkan agar
disegerakan penyelenggaraan
mayat tersebut dengan memandikan,
mengkafankan, menyembahyangkan
dan seterusnya mengebumikannya.
3 Cara-cara memandikan mayat
a) Hendaklah meletakkan mayat di
tempat yang tinggi sedikit dari
permukaan lantai serta ditutupi
seluruh tubuh badannya dengan
kain.
b) Setelah itu, diangkat sedikit
bahagian atas badan si mati
dengan tangan kanan orang yang
memandikannya dengan memegang
tengkok mayat tersebut manakala
tangan kirinya diusap-usap
perut si mati agar keluar segala baki
kotoran di perutnya.
Lalu dibersihkan dan dibasuh
tempat tersebut.
c) Kemudian dibersihkan mulut dan
lubang hidung diikuti dengan
mengwudukkannya. Setelah itu
dibasuh kepala dan mukanya.
d) Kemudian disiram air di seluruh
badannya dengan diselangkan
dengan siraman air mawar atau
bidara dengan dimulakan dari
kepala bahagian kanan dan terus
ke bawah, kemudian ke bahagian
kiri badannya. Ianya sunnat
diulang tiga kali.
e) Jika mayat tersebut wanita, maka
sudah semestinya wajib dimandikan
oleh wanita atau suaminya.
Dan jika mayat tersebut lelaki,
maka wajib pula dimandikan oleh
lelaki atau isterinya sendiri.
4 Cara-cara mengkafankan mayat
a) Jika sekiranya mayat tersebut
seorang lelaki, maka elok dikafankan
dengan tiga helai kain
sekurang-kurangnya untuk menutupi
aurat dan seluruh tubuhnya.
Jika ianya seorang wanita, maka
dengan lima helai kain putih yang
panjang lebih kurang sama
dengan tubuh si mati.
b) Makruh dikafankan si mati dengan
kain selain warna putih. Ini seperti
yang telah dijelaskan di dalam
sebuah riwayat Imam Bukhari dan
Muslim dari Sayyidatina Aisyah
beliau berkata: "Rasulullah s.a.w.
telah dikafankan dengan tiga helai
kain putih tanpa baju atau serban".
Dalam hadis yang lain, Rasulullah
s.a.w. pernah bersabda: "Pakailah
pakaian yang berwarna putih,
kerana ia adalah sebaik-baik
pakaian, dan kafankanlah mayat
saudaramu dengan kain putih".
(Riwayat Tarmizi)
c) Jenis kain yang digunakan sebagai
kafan mestilah jenis yang boleh
dipakai oleh orang yang hidup.
Oleh itu, tidak harus menggunakan
kain kafan bagi mayat lelaki
dengan kain sutera kerana lelaki
diharamkan memakainya.
d) Dibolehkan menabur kapor barus
atau pacai di anggota badan si mati
seperti tangan, dahi dan kaki dan
atas kafannya.
5 Adab menziarahi orang mati
a) Dilarang orang-orang yang
menziarahi keluarga yang baru
ditimpa kematian hadir di tempat
rumah tersebut dengan bergurau
senda dengan teman-teman yang
lain. Perkara ini akan menyinggung
perasaan keluarga tersebut.
Mereka haruslah mengucapkan
takziah kepada keluarga tersebut
perkataan: "Semoga Allah
menambahkan ganjaran pahala
kamu, dan memperbaiki kedudukan
kamu serta mengampunkan
dosa ahli keluarga kamu yang baru
meninggal."
b) Disunatkan bagi orang yang
menziarahi kematian agar
membaca Surah Yasin seperti yang
disebutkan di dalam hadis yang
bermaksud "Bacalah ke atas
mereka yang sedang menghadapi
kematian dengan membaca Surah
Yasin." (Riwayat Abu Daud)
c) Digalakkan agar dihulurkan
bantuan yang berbentuk wang
atau makanan kepada keluarga
yang ditimpa kematian khususnya
bagi keluarga yang miskin.
d) Makruh bagi orang yang menziarahi
rumah yang ada kematian,
makan/minum di rumah tersebut
kerana ianya menyibukkan lagi ahli
keluarga tersebut. Melainkan jika
makanan atau minuman tersebut
disediakan oleh jiran tetangga bagi
keluarga yang ditimpa kematian.
6 Salat Jenazah
a) Sedia maklum bahwa hukum
menyelenggarakan mayat dan
menyembahyangkannya ialah
fardhu kifayah yakni jika ada
segolongan orang yang
melaksanakannya maka tidak wajib
bagi orang yang lain melakukannya
akan tetapi diberi pahala bagi
orang yang melakukannya. Salat
jenazah ini tidak sah dilakukan
melainkan sesudah mayat tersebut
sempurna dimandikan.
b) Sewaktu hendak mula menyembahyangkannya,
mayat yang telah berkafan itu hendaklah
diletakkan dihadapan orang yang
mensalatkannya.
c) Bagi mayat lelaki, imam haruslah
berdiri di bahagian kepala si mati
manakala jika ianya wanita maka
imam haruslah berdiri di bahagian badannya.
d) Disunatkan agar mereka yang
sama-sama menyembahyangkan
mayat tersebut sekurang-
kurangnya membuat tiga barisan
(saf) atau lebih dengan jarak antara
satu barisan dengan barisan di
belakang hanya satu jengkal
setengah atau dua jengkal.
e) Salat jenazah mmepunyai empat
takbir termasuk takbiratul ihram.
Pada takbir pertama diniatkan:
"Sahaja aku sembahyangkan
jenazah (hadir/ghaib) empat kali
takbir fardhu kifayah kerana Allah
Ta'ala".
f) Selepas takbir pertama hendaklah
membaca Surah Al-Fateha. Setelah
habis Fateha maka diangkat takbir
yang kedua dan membaca selawat
Ibrahimiyyah yakni selawat yang
dibaca sewaktu kita bertahiyyat.
Selepas itu diangkat takbir ketiga
dan disusuli dengan membaca
doa ke atas mayat sekurang-
kurangnya membaca *"Allahummaghfirlahu
warhamhu" ertinya "Ya Allah ampunkanlah
dosanya dan limpahkan rahmatmu keatasnya."
Selepas itu diangkat takbir keempat diikuti
dengan membaca *"Allahumma laa tahrimna
ajrahu, walaa taftinna ba'dahu waghfirlana
walahu" ertinya " Ya Allah janganlah kau
halangkan pahalanya kepada kami dan
janganlah kami diberi bala atau cubaan
selepasnya dan ampunkanlah kami dan dia
(si mati)". Selepas itu, memberi salam
ke kanan dan ke kiri seperti salat-salat
yang lain.
"Ya Allah jadikanlah akhir kehidupan
kami dengan kebaikan dan rahmatmu
dan jangan jadikan akhir hidup kami
dengan keburukan dan kemurkaanmu".
Amin.
* Pengganti nama "Hu" adalah
untuk mayat lelaki, jika mayat
wanita digantikan dengan
pengganti nama "Ha".