Rancangan menyayat hati Kau Istimewa Muis yang disiarkan
Ramadan lalu, telah meraih Anugerah Sijil Kecemerlangan
Kreativiti dalam Festival Filem dan Video Antarabangsa Amerika
Syarikat ke-34.
Siri televisyen sebanyak tujuh episod ini mengisahkan suka-duka
penerima zakat yang tergolong dalam lapan asnaf dalam menempuh
kehidupan mereka.
Pengurus Jabatan Pembangunan Perniagaan Muis, Encik Abdul
Majeed Mohd berkata: "Anugerah ini mencerminkan keupayaan
Muis menghasilkan idea yang bernas yang dapat diterima di
peringkat antarabangsa."
"Ia juga mencerminkan pertimbangan wajar Muis dalam
memilih syarikat penerbitan untuk menghasilkan doku-drama
ini."
Menurut Encik Majeed, idea untuk menghasilkan Kau Istimewa
diilhamkan oleh jabatannya. Tambah beliau, "Saya yakin,
rancangan ini telah menyentuh jiwa dan perasaan orang ramai.
Malah Muis juga menerima maklum balas'syabas' daripada ramai
masyarakat Islam di Singapura."
"Rancangan ini telah membuka mata dan minda ramai orang.
Kisah ' watak-watak' dalam Kau Istimewa telah berupaya mewujudkan
rasa peri kemanusiaan di kalangan penonton tentang penderitaan
yang dialami oleh
mereka yang kurang bernasib baik dan tidak secara langsung
membuat setiap insan bersyukur kepada Allah (swt)."