Pembangunan Aset Asset Development


tersebut secara mengejut akan diadakan oleh Inspektor Halal dari masa ke semasa.

Untuk pembaharuan lesen, Bahagian Halal akan menghantar surat pemberitahuan tentang pembaharuan sijil ini dua bulan sebelum tempohnya berakhir. Pemohon perlu menghantar permohonan untuk memperbaharui sijilnya sebulan sebelum tamat tempoh tersebut.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Bahagian Halal bekerja rapat dengan kakitangan Islam di syarikat-syarikat yang mempunyai sijil halal untuk memastikan sijil dan lesen tersebut tidak disalahgunakan.

 


Antara kelebihan mempunyai lesen dan sijil halal ini, menurut Encik Ariff ialah masyarakat Islam akan lebih yakin untuk menjamu selera di restoran tersebut atau membeli barangan yang mempunyai logo Halal. Sijil ini juga memberi pengiktirafan pihak berkuasa tentang piawaian Halal yang ditetapkan.

Bagi syarikat pengeksport, sijil yang diiktiraf di peringkat antarabangsa ini boleh membantu memenuhi syarat-syarat mengimport sesuatu barangan bagi negeri tersebut. Ini boleh meluaskan pasaran produk syarikat itu di pasaran merata dunia.



 

 


Sebuah Plaza Kegiatan dan Sudut Siber merupakan antara kemudahan canggih yang bakal dinikmati oleh masyarakat Islam, terutamanya penduduk di kawasan Barat yang tinggal berdekatan Masjid Assyakirin.

Di Plaza Kegiatan atau Activity Plaza, jamaah boleh melibatkan diri dengan acara riadah dan kegiatan santai sementara Sudut Siber atau Cybercorner pula merupakan usaha Lembaga Pentadbir Masjid (LPM) itu untuk menggalakkan penggunaan Teknologi Maklumat (IT) di kalangan masyarakat Islam.

Tetapi ini semua hanya akan menjadi kenyataan dengan sokongan padu dan derma ikhlas masyarakat Islam untuk membiayai pembinaan semula masjid Assyakirin, kata pengerusinya, Hj Abdul Matin Abdul Majid. Setakat ini $3.6 juta telah dikumpulkan menerusi pelbagai kegiatan pungutan dana. Antaranya Bazar Ramadan, derma menerusi telefon, surat rayuan, kupon $5 dan $2 serta penjualan kalendar dan replika masjid lama. "Kerja-kerja pembinaan semula Masjid Assyakirin sedang dijalankan di tapak lama masjid. LPM perlu memastikan dana yang cukup agar jadual pembinaannya tidak tergendala. Untuk itu, Assyakirin masih memerlukan $5 juta," jelas Hj Abdul Matin. Jumlah ini perlu dikumpulkan menjelang akhir tahun 2002, apabila kerja-kerja pembinaan semula masjid itu dijangka siap. Antara projek pungutan dana yang bakal dianjurkan ialah:
o Envelop Derma - Envelop derma boleh didapatkan di masjid-masjid merata negara mulai Julai ini untuk dimasukkan ke kotak- kotak derma khas.

o TeleAmal - Akan diadakan pada 27 Julai hingga 12 Ogos menerusi radio.

o Fiesta Amal - Akan dianjurkan 29 Julai ini dengan beberapa kegiatan menariknya seperti senaman beramai-ramai, pemeriksaan kesihatan, bazaar amal dan ceramah agama, sepanjang hari di Mussola Masjid Assyakirin di Taman Jurong. Usaha masjid ini untuk mengumpul dana telah juga menarik sokongan dua pertubuhan Melayu Islam - Persatuan Wartawan Melayu Singapura dan Taman Bacaan - untuk berganding bahu dan mengadakan Golf Amal. Dirancangkan Oktober ini, ia bertujuan memberi peluang kepada warga korporat dan peminat golf untuk memberi sumbangan mereka dana tersebut.

Di samping memainkan peranan sebagai sebuah tempat ibadah, Masjid Assyakirin, ujar Hj Abdul Matin, akan menjadi sebuah pusat yang dinamik bagi masyarakat Islam di bahagian Barat Singapura. "Ini adalah untuk menrealisasikan visi kami menjadi khaira ummah. Insya-Allah," tambah beliau.