"PERAYAAN DALAM ISLAM"
Saudara-saudara sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita bersama-sama di hari Jumaat yang mulia ini, dalam suasana kita beriktikaf di rumah Allah ini, kita sekaliannya berusaha sekuat daya bertekad untuk melaksanakan perintah Allah supaya kita bertaqwa kepadaNya dengan sebenar-benar taqwa. Kita laksanakan segala titah perintahNya dan kita jauhi segala larangan dan tegahanNya. Hanya dengan bertaqwa sahajalah yang dapat menjamin akhir hayat kita sebagai seorang Muslim yang diredai Allah.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:-
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah sekali-kali kamu mati, melainkan kamu mati sebagai seorang Islam"
(Al-Imran:102)
Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,
Setahun berlalu, tahun yang baru datang bertamu. Demikianlah, tempoh setahun meninggalkan kita, bererti semakin hampir kita meninggalkan dunia. Siang dan malam silih berganti, umur manusia pupus setiap hari, pergi tidak akan kembali lagi.
Tahun 1998 telah bersiap untuk pergi bermusafir, melambaikan tangannya buat kali terakhir. Apakah ia akan mejadi saksi membela kita? Ataukah ia akan menjadi pihak pendakwa, di hadapan Allah Rabbil Izzati, ibu bapa, teman, anak, isteri tidak dipeduli, masing-masing akan hanya mementingkan diri mereka sendiri.
Saudara-saudara kaum Muslimin sekelian,
Apakah kita tidak memerhatikan, bagaimana tahun-tahun ini silih berganti. Satu demi satu datang dan pergi? Ketika kita menyambut tahun yang baru, rasanya penghujung tahun itu jauh beribu batu, lama ditunggu. Kemudian hari-hari berlalu begitu cepat, sekelip mata atau secepat kilat, tiba-tiba setahun telah tamat. Demikianlah umur insan, dilihat seolah-olah akan berpanjangan, tiba-tiba diterkam kematian, malaikat maut datang tanpa undangan. Allah berfirman yang bermaksud :-
"Lalu datanglah, Sakaratul Maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya" (Qaaf:19)
Mungkin seseorang insan itu berharap agar dipanjangkan umur, maka berbagai angan-angan dan perancangan diatur, secara mendadak, segala angan-angannya kabur, segala perancangannya berterabur dan semua binaan harapan dan cita-citanya hancur lebur.
Pada hari yang mulia ini, kita memperkatakan suatu perkara, bukan mengenai kerjaya atau harta, tidak pula mengenai pendapatan atau urusniaga, tetapi tentang nasib kita, apakah ke neraka atau ke syurga, dengan bekalan amalan yang dikumpulkan, yang dibina atas akidah penuh kesucian, bersih dari segala jenis kesyirikan. Sementara kita masih diberi kesempatan, untuk menginsafi pemergian 1998 dan membuat pembaikan bersama kedatangan 1999.
Sidang Jumaat yang dihormati,
Allah telah berfirman yang menegaskan:-
"Dan telah kami utuskan kepada setiap umat seorang rasul yang menyeru sembahlah kamu semua akan Allah dan jauhlah segala Thaghut" (An-Nahl:36)
Di dalam ayat ini, sebagaimana yang dikatakan oleh para ulama', Allah menegaskan bahawa pengabdian kepada Allah tidak akan sempurna tanpa menghindari Thaghut, iaitu sembah, taat atau cinta kepada selain Allah pada batas yang hanya Allah sahaja yang berhak untuknya.
Demikian juga iman dan kecintaan itu kepada Islam tidak akan sempurna jika ia tidak beriktikad dengan sempurna bahawa Allah tidak meredhai agama lain, tidak pula segala yang berkaitan dengan istiadat dan perayaan agama mereka.
Saudara-saudara sekelian,
Setiap di antara kita akan dipersoalkan tentang amalannya. Sesungguhnya, amalan kita hanya diterima sekiranya iman kita bersih dari segala bentuk kesyirikan.
Dalam pada kita meninggalkan tahun 1998 ini, dan memasuki tahun 1999, kita berusaha untuk menjaga kemurnian keimanan dan kesucian akidah kita.
Agama Islam mendidik penganutnya agar menjaga serta memelihara hubungan baik serta keharmonian kaum berbilang bangsa, ini sebagaimana dalam konteks kehidupan masyarakat Singapura.Namun begitu, dalam memelihara hubungan baik ini, tidak bererti kita diperbolehkan meraikan atau menyambut bersama-sama hari kebesaran mereka. Ini kerana setiap perayaan mereka itu mengandungi unsur-unsur yang berkait rapat dengan pegangan agama mereka. Memang kita disuruh menghormati dengan bergaul baik dengan mereka, kita boleh mengunjungi mereka tetapi kita tidak dibenarkan sama-sama menyambut atau meraikan perayaan mereka.
Allah telah berfirman memberi gambaran tentang sifat-sifat orang beriman yang bermaksud:-
"Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu.."
(Al-Furqaan:72)
Berkata Mujahid dalam menafsirkan ayat tadi: "Iaitu orang-orang yang tidak menghadiri perayaan kaum Musyrikin". Tafsiran ini dipersetujui oleh Ar-Rabi' bin Anas Al-Qadhi Abu Ya'ala dan Ad-Dhahhak.
Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,
Dalam sebuah riwayat oleh Anas bin Malik, nabi telah bertanya tentang suatu hari perayaan yang orang-orang Madinah meraikannya. Lalu mereka menjawab "Inilah dua hari yang kami sambut dan kami raikan dengan bersuka-suka sewaktu zaman jahiliah. Maka nabi bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah menggantikan keduanya dengan Hari Raya AidilAdha dan Aidilfitri bagi kamu"
(riwayat oleh Abu Daud & Ahmad)
Para ulama' kita mengatakan bahawa meskipun para Sahabat dan Tabi'in hidup dan bergaul bersama-sama orang-orang musyrikin di zaman mereka, namun mereka tidak pernah meraikan mana-mana perayaan mereka.
Saudara-saudara sekelian,
perayaan adalah sebahagian dari ketentuan sesebuah agama, Allah berfirman yang bermaksud :
Bagi setiap umat daripada kamu kami (Allah) menyediakan syariat dan peraturan beragama!" (al-Maidah:48)
Maka, agama kita ada perayaannya sendiri iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha dan dengan itu kita dilarang menyambut perayaan agama lain.
Dalam kehidupan masyarakat Singapura berbagai perayaan terdapat di sini seperti Hari Valentine, Krismis, depavali dan sebagainya. Demi memelihara akidah, dan amalan kita dari perkara-perkara yang tidak diredhai Allah, kita hendaklah memelihara diri kita agar kita tidak tercebur dalam syubhat menyambut perayaan yang dilarang agama kita. Mudah-mudahan dengan sikap demikian kita akan terselamat di hari akhirat kelak. Amin ya Rabbil Alamin.
Auzubillahiminasyaitannirrajim
"Allah merupakan pelindung bagi orang-orang yang beriman, mengeluarkan mereka dari kegelapan (kesesatan) kepada cahaya (Islam) Sementara orang-orang yang ingkar itu pelindung mereka adalah Thaghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (Islam) kepada kegelapan (kesesatan). Mereka itulah penghuni-penghuni neraka dan mereka kekal di dalamnya" (Al-Baqarah:257)

"Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu..."

Wassalam.
Barakallah.......