1 October 99

 



Tajuk: Hari Kanak - Kanak

Hadirin Jumaat yang saya muliakan.

Dihari Jumaat Jumaat yang saya muliakan ini, marilah kita mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.t, dengan melaksanakan apa jua yang diperintahkan Ny, dan berusaha bersungguh - sungguh meninggalkan segala tegahan dan larangan Nya.

Semoga dengan ketaatan dan pengabdian yang terus meningkat ini akan mendatangkan keredhaan dan kerahmatan Allah taala, didalam kehidupan kita dalam yang fana' ini, amin ya rabbal alamin.

Setiap tahun, pada tanggal 1 Oktober 1999, bertepatan dengan hari Jumaat yang mulia ini, kanak - kanak di seluruh dunia, termasuk kanak - kanak di negara kita ini, khusus nya mereka yang berusia 12 tahun akan merayakan hari kanak - kanak.

Kanak - kanak ini, biasanya akan dirayakan, dengan pelbagai macam aacra dan persembahan, yang diatur oleh guru - guru sekolah rendah mereka. Sehingga ada sebahagian guru - guru yang sanggup mengadakan persembahan dan lakonan, dengan maksud untuk menghiburkan dan menggembirakan anak didik mereka tersebut. Semua itu dilakukan semata - mata dengan tujuan melahirkan prihatin dan sayang mereka kepada kanak - kanak itu. Ia juga bertujuan agar sifat ini, dapat disemai da dihayati, dalam memberikan pendidikan yang sebaik mungkin kepada kanak - kanak tersebut.

Hadirin sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekelian,

Sebagai salah seorang bapa atau datuk, atau mereka - mereka yang mempunyai adik yang belum mencapai usia akil baligh, memang tidak ada salah nya, jika juga ingin menyambut hari seumpama ini. Malahan menanamkan rasa sifat kasih sayang, dan menimbulkan rasa cinta kepada kanak - kanak, ini memang digalakkan oleh nabi kita Muhd saw sebagaimana sabda baginda yang berbunyi :

Barangsiapa yang tidak menyayangi maka dia tidak akan dikasihi .

Dari hadis nabi diatas ini, dapat diambil suatu kesimpulan menyayangi dan mengasihi kanak - kanak adalah salah satu nilaiyang sangat penting menurut Islam. Ini adalah kerana kanak - kanak yang diperingkat ini, bukan hanya memerlukan cinta dan kasih sayang . Dan sebagai tanda kasih sayang ialah kita penuhi hak - hak mereka.

Kita bertanggungjawab membentuk mereka ke arah menjadi manusia yang berjaya di hari muka. Untik itu kita perlu memberi mereka pendidikan yang sesuai dan segala keperluan jasmani dan ruhani mereka. Kejayaan anak - anak adalah harapan semua ibu bapa dan mereka yang bertanggungjawab terhadap mereka.

Jika perkara - perkara ini dapat dipenuhi dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin, kanak - kanak ini akan membesar dan memenuhi segala harapan dan cita - cita tersebut. Tetapi sebaliknya jika pada usia yang sebegini, mereka diabaikan dan tidak diberikan perhatian dan kasih sayang yang sewajarnya, kanak - kanak ini akan membesar tanpa persediaan yang secukupnya untuk melalui cabaran kehidupan yang selanjutnya.

Saudara - saudara sekelian, kita hendaklah memastikan pembangunan mereka dalam semua aspek pemdidikan, kesihatan dan sebaliknya. Kita perlu memberikan perhatian kepada tiga unsur pendidikan anak - anak kita .

Unsur - unsur itu adalah :

Pertama : Pendidikan akliyah atau pembinaan akal fikiran. Akal fikiran mereka perlulah diisi dengan ilmu pemgetahuan yang bermanfaat, yang dapat memberikan meerka jaminan hidup yang sejahtera, baik di dunia mahupun di akhirat. Sebab itu Allah Taala telah memberikan kita satu peringatan dengan firman Nya yang bermaksud : ( Katakanlah Ya Muhammad, Adakah sama orang - orang yang berilmu pengetahuan dengan orang - orang yang tidak berilmu pengetahuan, ketahuilah sesungguhnya hanya mereka - mereka yang berilmu pengetahuan sahajalah, yang dapat mengambil manfaat )

Pada usia inilah, akal fikiran mereka mula tumbuh dan berkembang dengan kritikal sekali. DAn pada tahap inilah, segala ilmu pengetahuan yang diberikan dapat dicerna dan di hayati oleh kanak - kanak tersebut dengan natijah dan kesan yang berpanjangan. sepertimana kata - kata hikmah :

( Belajar di waktu kecil bagai menulis di atas batu, belajar di waktu besar bagai menulis di atas air )

Hadirin sidang Jumaat yang saya muliakan,

Unsur yang kedua pula, yang perlu kita semai dalam diri mereka adalah pendidikan akhlakiah atau pendidikan budi pekerti. Akhlak, budi pekerti atau moral yang mulia, hanya akan lahir dari ilmu pengetahuan, yang diamalkan oleh kanak - kanak tersebut. Jika kanak - kanak ini membesar dengan diberikan bimbingan, asuhan dan pendidikan yang baik, pasti segala ilmu yang diberikan kepada mereka, akan memberikan kesan yang berpanjangan dalam kehidupan mereka sehari - hari. Maka tepat sekali sabda junjungan kita, nabi besar Muhammad S.A.W yang berbunyi, Setiap bayi yang lahir itu dalam keadaan suci dan bersih, maka kedua ibu - bapa merekalah yang mengyahudikan nya, atau menasranikan nya atau memajusikan nya.

Peranan untuk memastikan pembentukkan akhlak adn budi pekerti yang baik, bukanlah tanggung jawab guru sekolah sahaja. Perkara ini juga perlu diberikan perhatian oleh kita sekelian. Segala permasaalahan yang berlaku dewasa ini, dikalangan para belia atau kanak - kanak, kebanyakkan nya berpunca daripada kelalaian dan kejahilan kita dalam memberikan perhatian yang sepenuh nya kepada meerka. maka berlakulah bernacam - macam gejala sosial dikalangan mereka.

Kita sekarang ini berhadapan dengan berbagai - bagai masalah remaja seperti masalah keciciran, masaalah akhlak, pergaulan bebas, kumpulan samseng dan penagihan dadah. Masih belum dapat diatasi. Masaalah - masalah ini perlulah menjadi perhatian utama, dalam kita mendidik anak - anak kita.

Perkara yang ketiga yang perlu kita berikan perhatian ialah mengenai kesihatan mereka dijaga adn mereka perlu diajar akan bagaimana menjaganya . Segala pemakanan adn kesihatan kanak - kanak tersebut perlulah dipelihara dengan sebaik - baik mungkin. Dengan ini kita akan membiasakanmereka denagn gaya hidup sihat. Kita perlu ingat bahawa hanya dengan tubuh badan yang sihat sahaja, kita akan dapat memastikan akal dan jiwa mereka yang cergas, sebagaimana kata pepatah arab : Akal yang sihat terletak pada tubuh badan yang sihat.

Dari itu sauadra - saudara sekelian, marilah, sempena menyambut hari kanak - kanak ini, kita tanamkan sifat rasa kasih sayang kita kepaad meerka, kita laksanakan segala kewajipan dan tanggung jawab kita kepada mereka, dan kita pastikan supaya ketiga - tiga unsur utama tersebut dapat disemaikan dalam kehidupan mereka sehari - hari . Semoga dengan ini, Allah S.W.T senantiasa merahmati dan meredhai diri kita, keluarga kita dan anak isteri kita, baik di dunia mahupun di akhirat. Amin YA Rabbal Alamin.

Barakallah...