29 Jan 99

 



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kita telah pun dapat merasakan kesan kegawatan ekonomi berlaku sekarang ini. Setakat ini lebih dari 20 000 pekerja telah kehilangan pekerjaan. lebih seperempat daripadanya merupakan pekerja Islam. Ramai lagi yang dijangkakan akan mengalami pembuangan kerja dalam beberapa bulanb mendatang ini.

Ini bermakna lebih banyak lagi keluarga yang akan terjejas dengan krisis ekonomi ini. Bahkan krisis ekonomi ini juga boleh menjejas semangat berdikari, keyakinan dan juga harga diri seseorang. Lebih-lebih lagoi jika seseorang yang dibuang kerja itu merupakan seorang ketua keluarga. Ini tentunya memnenas semangat persaingan yang begitu penting untuk terus maju di Singapura ini.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekelian,

Kita perlu mengambil iktibar daripada keadaan sekarang ini. Antara pengajaran yang boleh dijadikan iktibar ialah:

Pertama: Kita perlu ingat bahwa Allah sentiasa menguji kita dengan pelbagai ujian. Salah satunya ialah ujian kebendaan. Apakah selama ini kita menjadi hamba kebendaan? Apakah selama ini kita lebih mendewakan kebendaan daripada kehidupan beragama? Apakah selama ini kita telah beusaha tanpa mengenal batas halal dan haram? Keadaan sekarang ini merupakan ujian Allah dengan ditarik semula nikmat kebendaan ini.

Kedua: Kita harus menyedari bahawa sesuatu yang baik itu atau sesuatu yang selesa itu tidak akan kekal selamanya. Sesuatu yang maju tentu akan mundur sekiranya tidak berhati-hati. Tiada sesuatu pun yang kekal melainkan Allah.

Ketiga: Ia juga mengajra kita agar sentiasa bersiap-siap bagi menghadapi sebarang kemungkinan, lebih berhati-hati dalam apa-apa jua yang kita lakukan. Kita tidak mampu untuk terus dibuai mimpi kesenangan dan kenikmatan. Kita perlu bersiap bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. bagi keluarga-keluarga yang tidak mengalami masalah pembuangan kerja ini, mereka masih lagi perlu menangani masalah potongan caruman CPF daripada pihak majikan mereka. Ini tentunya juga akan menjejas kehidupan berkeluarga. Selain bantuan dari pemerintah bagi meringankan beban ini, mereka perlu mengambil langkah-langkah pro-aktif untuk mengubah cara dan gaya hidup mereka. Sekiranya sebelum ini kita besikap boros dan berbelanja tanpa membezakan diantara keperluan dan kemahuan, sekarang ini perlulah berhati-hati dan bijak membuat pilihan. Setiap keluarga perlulah menetapkan dengan jelas keutamnaan keperluan-keperluan asas keluarganya dan inilah mesti dipenuhi dahulu. Kemahuan-kemahuan yang hanya mengikut nafsu mestilah dihindari. Mereka yang merokok pula misalnya, inilah masa yang sesuai untuk menyedari bahwa tibat dan ketagihan merokok bukan hanya membahayakan kesihatan keluarga, malah iyanya juga memburukkan lagi keadan ekonomi keluarga. Begitu juga dengan pebelanjaan lain yang perlu disemak semula agar keperluan asas keluarga tidak terjejas.

Saudara-saudara sekelian,

Apakah persiapan utama bagi kita untuk menghadapi masa depan dengan lebih tabah lagi?

Jawapannya terletak kepada sikap kita terhadap kehidupan itu sendiri. Persiapan yang terbaik bagi menghadapi krisis sebagainya ialah menentukan arah kehidupan kita ini. Dengan menentukan arah kehidupan yang jelas, keluarga-keluarga Muslim akan lebih yakin dan bersemangat didalam mengharungi kegawatan ini. Tanpa keyakinan dan semangat yang kental, kita akan ketinggalan jauh apabila krisis ini berakhir kelak, insya Allah. Arah kehidupan yang dimaksudkan ialah perlaksanaan semacam wawasan bagi setiap keluarga kita. Wawasan atu visi tersebut ialah "Berjaya di dunia dan berjaya di akhirat" sebagaimana yang terkandung didalam surah Al-Baqarah, ayat 201 yang bermaksud:

"Dan diantara mereka ada oranbg yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka."

Inilah doa yang sering kita pohon kepada Allah s.w.t. iaitu agar diberi kebaikan di dunia dan akhirat. Doa mestilah dipanjatkan selalu, namun kita perlu juga berusaha untuk mencapai perubahan yang positif dalam kehidupan di dunia. allah tidak akan merubah keadan sesuatu kaum sehingg kaum itu sendiri yang berusaha untuk merubah nasibnya. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang maksudnya:

"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (Surah Ar-Ra'ad, ayat 11).

Visi keluarga "Berjaya du dunia dan berjaya di akhriat" ini merupakan kombinasi doa yang perlu kita pohon dari Allah s.w.t., disamping usaha secara pro-aktif untuk menjadikan dunia ini sebagai punca kehidupan yang baik lagi berjaya di akhirat kelak.

Dengan visi ini, setiap keluaraga Muslim akan memastikan agar keluarganya dibina atas dasar iman dan taqwa. Dengan keimanan dan ketaqwaan inilah, setiap keluarga Muslim mengorak langkah untuk menjadikan masyarakat Islam sebuah masyarakat yang progresif dan mampu memberi sumbangan yang berkesan keatas pembangunan negara. Ini bukanlah sesuatu yang baru bagi umat Islam kerana sejarah telah membuktikan bahawa keimanan dan ketaqwaan kepada Allah telah menjadikan ulama terdahulu juga pakar dalam perlbagai ilmu yang telah merubah kehidupan manusia hingga ke tahap yang kita nikmati sekarang ini.

Marilah sama-sama ktia membina visi keluarga Muslim "Berjaya di dunia dan berjaya di akhirat". Dan semoga dengan visi ini dapat menaikkan semula semangat dan keyakinan untuk bangkit dan berusaha untuk manfaat dan kejayaan di dunia ini dengan cara yang diredhai allah s.w.t. serta setiap anggota keluarga kita dapat meninggalkan pewarisan dalam bentuk amal jariah yang berkekalan, ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh yang mendoakan kita selalu.

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Surah Al-Hasyr, ayat 18).

Wassalam.

Barakallah.......