Apabila
para pegawai kanan mesyuarat SOM dan Mabims bertemu, sudah
menjadi tradisi mereka berpantun semasa berucap pada majlis
pembukaan mahupun majlis penutup. Berikut beberapa rangkap
pantun tersebut yang diucapkan di mesyuarat SOM 26 di
Singapura.
 |

Pengiran Dato
Paduka Hj Yusof
|
Setinggi
penghargaan kepada Singapura
Atas layanan serba istimewa
Kepada Allah kami berdoa
Hanya balasan baik diberi jua
Kita berjuang dengan bersungguh
Selesai sudah SOM dua puluh enam
Bertemu kita di Mabims ke sepuluh
Bersidang nanti di Brunei Darussalam. |

|
|

Drs H Mubarok
|
Singapura
kota yang indah
Gedung-gedungnya menjulang tinggi
SOM ke 26 selesai sudah
Semoga hasilnya penuh bererti.
Jika tuan pergi ke Penang
Jangan lupa lalu di Changi
Jika ada umur yang panjang
Di Brunei kita berjumpa lagi. |
|
|
|

Hj Mohammad
Shahir
|
Pantai
Temasek sungguh indah
Tempat nelayan mengail gelama
SOM 26 selesailah sudah
Keputusan yang tercapai sangat berguna
Tempat nelayan mengail gelama
Dari pagi sampai ke petang
Keputusan yang dicapai sangat berguna
Untuk mengharung cabaran mendatang |
|
 |
|

Hj Maarof Salleh
|
Berjalan
pulang bergegas-gegas
Naik kenderaan rebut-rebutan
Lepas bersidang bertambah tugas
Amanah agama mesti diteruskan
Langit terang tidak berawan
Hujan tak turun amat membimbangkan
Kini di Singapura kemudian di Seri Begawan
Semangat Mabims terus disemarakkan
|
|
UCAPAN LAIN (OTHER SPEECHES)
|
|
|