Sepanjang
tahun 1989 hingga 2001 sebanyak 19 bidang kerjasama telah dibentuk.
Bagi menangani perlaksanaan sesuatu projek atau kegiatan dalam
setiap bidang kerjasama MABIMS, sebuah negara anggota dilantik
menjadi Negara Penghubung bagi satu-satu bidang kerjasama berkenaan
di samping mempunyai ahli (anggota) di setiap negara anggota
MABIMS yang lain. Negara penghubung yang telah dipersetujui
akan bertindak sebagai penyelaras (koordinator) bagi projek
atau kegiatan yang telah dipersetujui.
Senarai Bidang Kerjasama dan Negara Penghubung Tetap adalah
seperti berikut:

Pewakilan
Negara Brunei Darussalam di SOM 26
Singapura, Julai 2002
1. Kawalan Barang Gunaan dan Makanan Orang Islam.
- Malaysia.
2. Penyelerasan Rukyah Dan Takwim Islam.
- Republik Indonesia.
3. Pelaksanaan Undang-Undang Keluarga Islam.
- Malaysia.
4. Ulama Dan Pegawai-Pegawai Terlibat Dalam Pentadbiran Hal
Ehwal Islam.
- Republik Indonesia.
5. Pengkajian Islam Asia Tenggara.
- Malaysia.
6. Tamaddun Sebagai Media Dakwah.
- Republik Indonesia.
7. Pertukaran Bahan-Bahan Penerbitan.
- Negara Brunei Darussalam.
8. Muamalat MABIMS.
- Malaysia.
9. Pembangunan Dan Pengembangan Madrasah, Pesantren.
- Republik Indonesia.
10. Pengurusan Haji.
- Malaysia.
11. Perguruan Tinggi Agama Islam Negara Anggota MABIMS.
- Republik Indonesia.
12. Majlis Muzakarah Ulama MABIMS.
- Malaysia.

Pewakilan
Malaysia di SOM 26
Singapura, Julai 2002
Bidang kerjasama ini
mempunyai 2 agenda penting untuk menghasilkan garispandu yang
diterimapakai oleh negara anggota. 2 Agenda tersebut ialah:
i. Prosedur Fatwa
ii. Garispanduan Berijtihad.
13. Penubuhan Pusat Pengakajian Dan Penyebaran Al-Quran (
PPPQ ).
- Negara Brunei Darussalam.
14. Pelaksanaan Cadangan Tilawah Al-Quran Peringkat Kanak-Kanak
Dan Kursus Al-Quran Bagi Guru-Guru Agama/Al-Quran Negara Anggota
MABIMS.
- Malaysia.
15. Muamalat MABIMS.
- Malaysia.
Bidang kerjasama ini
mempunyai satu agenda penting untuk mengujudkan sebuah pusat
maklumat berkaitan dengan perekonomian iaitu:
i. Penubuhan Pusat
Jaringan Maklumat Yayasan Ekonomi Islam.
16. Penubuhan Pusat Sumber Maklumat Islam Di Peringkat Anggota
MABIMS. - Negara Brunei Darussalam.
17. Manual Kerja Dan Mekanisme Pelaksanaan Undang-Undang Keluarga
Islam MABIMS.
- Malaysia.
18. Perlaksanaan Pengurusan Zakat.
- Malaysia.
19. Mengatasi Masalah Sosial Di Kalangan Remaja Dan Belia
Islam Yang Dihadapi Oleh Negara MABIMS.
- Republik Singapura.

Pewakilan Republik Indonesia di
SOM 26
Singapura, Julai 2002
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL
Mesyuarat Jawatankuasa Tenaga Pakar adalah mesyuarat yang
dihadiri oleh ahli jawatankuasa yang menganggotai bidang-bidang
kerjasama MABIMS. Selain itu ia juga kadang-kadang dihadiri
sama oleh pakar-pakar yang berhubung dengan satu-satu bidang
atau satu-satu perkara yang berkaitan. Mesyuarat akan diadakan
di salah sebuah negara anggota dan masa yang dipersetujui
dalam mesyuaratnya.
Sehingga tahun 2001, sebanyak 00 jawatankuasa dalam pelbagai
bidang telah dibentuk dan aktif dilaksanakan. Bagi menangani
perlaksanaan sesuatu projek atau kegiatan dalam setiap bidang
kerjasama MABIMS, sebuah negara dilantik untujk menjadi negara
penghubung bagi satu-satu bidang kerjasama berkenan di samping
mempunyai ahli di setiap negara MABIMS yang lain. Negara penghubung
yang disetujui akan bertindak sebagai penyelaras bagi semua
kegiatan yang telah dipersetujui.
Senarai bidang kerjasama yang mempunyai jawatankuasa yang
telah dibentuk dan sedang giat dilaksanakan serta negara penghubungnya
ialah:
1. Penyelarasan Rukyah dan Taqwim Islam.
- Republik Indonesia.
2. Undang-Undang Keluarga Islam.
- Malaysia.
3. Tamaddun Islam Sebagai Media Dakwah.
- Republik Indonesia..
4. Muamalat MABIMS
- Malaysia.
Bidang kerjasama ini
mempunyai sebuah agenda yang masih dalam proses perlaksanaan
iaitu menubuhkan Pusat Jaringan Maklumat Yayasan Ekonomi Islam.
5. Majlis Muzakarah Ulama.
- Malaysia.
Bidang kerjasama
ini mempunyai 2 agenda untuk menghasilkan garispanduan yang
ketika ini masih dalam proses perlaksanaan iaitu Prosedur
Fatwa dan Garispanduan Berijtihad.
6. Penubuhan Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS.
- Negara Brunei Darussalam.
7. Mengatasi Masalah Sosial Di Kalangan Remaja dan Belia Islam
Yang Dihadapi Oleh Negara Anggota MABIMS.
- Republik Singapura.

Pewakilan Republik Singapura
di SOM 26
Singapura, Julai 2002
GARIS PANDUAN
Sepanjang MABIMS ditubuhkan dari tahun 1989 hingga 1999 beberapa
buah buku garis panduan dan buku-buku yang telah dipersetujui
bersama seterusnya digunakan di kalangan Negara Anggota MABIMS
telah diterbitkan. Buku panduan dan buku-buku yang diterbitkan
itu adalah seperti berikut:
§
Garis Panduan bersama mengenai Kawalan
Barang Gunaan dan Makanan Orang
Islam.
§
Garis Panduan bersama Perlaksanaan
Undang-Undang Keluarga Islam.
§
Takwim Hijriah 1993-2020M / 1414-1442H.
§
Garis Panduan Hisab Rukyah.
§
Ajaran Sesat : Kemunculannya, Bahayanya,
Pemulihannya.
§
Pembinaan Belia Cemerlang.
§
Pembangunan Keluarga Bahagia.
§
MABIMS – Wawasan dan Harapan.
§
Garispanduan Berijtihad.
|