A Singapore Government Agency Website

220620 - Adab Bersatu Padu (Pendaftaran Penuh)

Trainer: Ustaz Mohd Kamal Mokhtar, Jawatankuasa Shariah Maybank Islamic Berhad

Date: Monday, 22 June 2020

Time: 2:00 PM  -  5:30 PM

Venue: Masjid Al-Ansar, MPH

CPE: 3

Synopsis:Perbezaan pendapat adalah lumrah alam dan sunnah yang tidak boleh dielak oleh sesiapa. Pengalaman hidup, keluasan ilmu, usia, kecenderungan kepada sesuatu perkara adalah beberapa faktor yang membuat seseorang berfikir dengan cara yang berbeza. Namun ia tidak menjadi halangan bagi sesebuah masyarakat untuk bersatu padu. Dengan mengikut prinsip-prinsip tertentu ia mengelakkan persengketaan dan perpecahan di kalangan masyarakat. Kebijaksanaan memberi serta menerima pandangan yang berbeza patut diberi perhatian. Kursus ini membincangkan prinsip,strategi dan pendekatan dalam menangani perbezaan dengan menjaga adab-adab perbezaan.

Status:Keutamaan diberikan kepada asatizah yang masih belum memenuhi CPE kredit dan yang belum pernah menyertainya sebelum ini.

240620 - Pengenalan Kepada Cryptocurrency

Trainer: Ustaz Nuzaihan Hamdan, Pengarah Bersekutu, CIMB Bank

Date: Wednesday, 24 June 2020

Time: 10:00 AM  -  1:30 PM

Venue: MPH, Masjid Al-Mukminin

CPE: 3

Synopsis:Program ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada asatizah tren ‘cryptocurrency’. Di samping itu, asatizah dapat memahami dengan lebih mendalam cara-cara pihak berkuasa menjalankan pengurusan ‘cryptocurrency’. Para asatizah juga dapat sama-sama membincangkan isu ini mengikut perspektif Islam.

Status:
Keutamaan diberikan kepada asatizah yang masih belum memenuhi CPE kredit.

Register Here