A Singapore Government Agency Website

Sistem Rayuan Haji

Peruntukan tempat bagi Haji adalah berdasarkan Sistem Pendaftaran Awal Haji (AHRS), dan di mana pendaftar yang dahulu akan didahulukan (mengikut tarikh pendaftaran). Ini bagi memastikan peruntukan dijalankan secara adil dan telus, dan para jemaah harus menghormati sistem beratur ini. Muis hanya akan mempertimbangkan rayuan bagi keadaan getir, contohnya:

  • Menghidapi penyakit yang terminal atau kritikal
  • Warga lanjut usia atau kurang upaya
  • Menjaga mereka yang menghidapi penyakit terminal/kritikal dan/atau lanjut usia
  • Sebagai mahram bagi memenuhi syarat visa

Setiap kes rayuan akan dipertimbangkan secara tersendiri oleh Jawatankuasa Haji. Jawatankuasa Haji terdiri daripada pemimpin masyarakat dan sebuah ahli panel doktor yang akan mempertimbangkan kesemua kes rayuan secara objektif.

Untuk mengelakkan penyalahgunaan sistem rayuan ini oleh mereka yang ingin mempercepatkan Haji mereka, kriteria ketat telah ditetapkan bagi membimbing Jawatankuasa Haji di dalam memperuntukkan tempat kepada kes-kes rayuan. Keutamaaan akan diberi kepada mereka yang memenuhi sekurang-kurangnya 3 daripada kriteria berikut:

  • Jemaah kali pertama
  • Telah mendaftar lebih daripada 3 tahun
  • Mengalami masalah sakit terminal/kritikal yang telah disahkan oleh doktor
  • Berumur 67 tahun ke atas semasa membuat rayuan

Pemohon dinasihatkan agar tidak membuat rayuan jika mereka tidak memenuhi kriteria rayuan yang disebutkan. Setiap tahun Muis menerima lebih dari 1,000 rayuan, kebanyakannya tidak memenuhi kriteria.

CARA UNTUK MEMFAILKAN RAYUAN

Bagi Haji 2020, kesemua rayuan harus difailkan melalui Sistem Rayuan Haji secara online. Untuk mengakses sistem ini, perayu mesti mempunyai akaun Singpass yang sah. Jika perayu tidak mempunyai akaun Singpass, sila buat pendaftaran di www.singpass.gov.sg.

Perayu juga boleh membuat pendaftaran bagi akaun Singpass di kaunter-kaunter Singpass di lokasi yang tertera di laman web tersebut untuk mendapatkan kata laluan dengan serta-merta.

Oleh kerana ia mungkin mengambil masa beberapa hari untuk mendapatkan akaun Singpass (sekiranya membuat permohonan secara online), perayu dinasihatkan supaya memohon awal bagi akaun Singpass untuk mengelakkan daripada terlepas tempoh untuk memfailkan rayuan.

Untuk membuat rayuan bagi Haji 2020 sila klik pautan ini: go.gov.sg/hajappeal

Rayuan bagi Haji 2020 mesti dikemukakan di antara 25 November hingga 31 Disember 2019 (tarikh tutup). Keputusan rayuan akan dimaklumkan sebelum 28 February 2020.

Mereka yang merayu berdasarkan alasan medikal, diperlukan untuk mengemukakan kesemua laporan medikal untuk menyokong rayuan mereka. Harap pastikan kesemua laporan medikal tersedia secara elektronik untuk dimuatnaikkan ke dalam Sistem Rayuan Haji.