In Phase 3, Muis will continue to provide certain essential services (Emergency Zakat Financial Assistance, Zakat, Fidyah and Kaffarah enquiries and payment, Appeal Board - Filing of notice, petition and record of appeal and payment) at its counters. For other services, kindly visit https://www.muis.gov.sg/Contact-Info
PENGISYTIHARAN AWAL BULAN ZULHIJJAH 1440H / 2019 BAGI NEGARA SINGAPURA
Mengikut kiraan hisab, berdasarkan kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara negara anggota MABIMS, anak bulan Zulhijjah berada di atas ufuk Singapura selama 19 minit setelah terbenam matahari petang tadi.
Oleh yang demikian sukacita saya mengisytiharkan bahawa awal bulan Zulhijjah bagi tahun 1440H jatuh pada esok Jumaat bersamaan dengan 2hb Ogos 2019.
Maka Hari Raya Haji jatuh pada hari Ahad bersamaan 11hb Ogos 2019.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada sekalian kaum Muslimin Muslimat Singapura selamat beribadah di dalam bulan Zulhijjah dan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Semoga Allah S.W.T. menerima segala amal ibadah kita.
Sekian, Wassalamualaikum Wr Wb.
DR MOHAMED FATRIS BAKARAM
MUFTI, REPUBLIC OF SINGAPORE