In Phase 3, Muis will continue to provide certain essential services (Emergency Zakat Financial Assistance, Zakat, Fidyah and Kaffarah enquiries and payment, Appeal Board - Filing of notice, petition and record of appeal and payment) at its counters. For other services, kindly visit https://www.muis.gov.sg/Contact-Info
PENGISYTIHARAN AWAL SYAWAL 1440H/2019M BAGI SINGAPURA
Mengikut kiraan hisab, anak bulan Syawal tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura petang tadi kerana telah terbenam pada masa yang hampir sama dengan matahari. Maka esok adalah hari pencukup bulan Ramadan 30 hari dan awal bulan Syawal 1440H jatuh pada lusa, Rabu bersamaan 5 Jun 2019.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada sekelian Muslimin dan Muslimat Singapura: “Selamat Hari Raya Aidilfitri”. Semoga Allah menerima segala amal ibadah yang telah kita lakukan sepanjang Ramadan, dan melanjutkan umur kita sehingga bertemu Ramadan tahun hadapan.
Sekian, Wassalamualaikum Wr Wb.
DR MOHAMED FATRIS BAKARAM
MUFTI, REPUBLIC OF SINGAPORE