Media Statement - Declaration of the Month of Syawal for Singapore ML

بسملة وحمدلة وصلوات وتحيات

Mengikut kiraan hisab, anak bulan Syawal tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang tadi kerana bulan telah terbenam lebih awal. Ini bererti, esok adalah pencukup bulan Ramadan 30 hari dan awal bulan Syawal bagi tahun 1437H jatuh pada lusa, Rabu bersamaan 6 Julai 2016.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada sekalian Muslimin dan Muslimat Singapura: “Selamat Hari Raya Eidul Fitri”. Semoga Allah menerima segala amal ibadah yang telah kita lakukan sepanjang Ramadan, dan melanjutkan umur kita sehingga bertemu Ramadan tahun hadapan.

Sekian. Wassalamualaikum Wr Wb. 

DR MOHAMED FATRIS BAKARAM
MUFTI NEGARA SINGAPURA

PDF icon Media Statement - Declaration of the Month of Syawal 1437H (2016) for Singapore (Mly) (PDF, 118.6KB)

Last updated on 01/2/2019