Announcement on Beginning of Ramadan 2019 (MLY)

PENGISYTIHARAN AWAL RAMADAN 1440H/2019M BAGI SINGAPURA

Mengikut kiraan hisab, berdasarkan kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara negara anggota MABIMS, anak bulan ada di ufuk Singapura setelah matahari terbenam petang tadi selama 26 minit. Oleh yang demikian sukacita saya mengisytiharkan awal Ramadan 1440H jatuh pada esok, Isnin bersamaan 6 Mei 2019.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada sekelian kaum Muslimin Muslimat Singapura: Selamat menyambut ketibaan bulan Ramadan al-Mubarak.

Dalam bulan yang mulia ini, ambilah peluang untuk mengukuhkan silaturahim dan mengajak ahli keluarga kita beribadah bersama misalnya bersahur, beriftar dan solat terawih.

Semoga Allah memberkati usaha kita dalam membentuk masyarakat Islam yang cemerlang dan mengurniakan kita kekuatan, untuk menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Ameen.

Sekian, Wassalamualaikum Wr Wb.

DR MOHAMED FATRIS BAKARAM
MUFTI NEGARA SINGPURA

 

Last updated on 16/7/2019