26 May 17 Media Statement - Announcement on the Beginning of Fasting Month for Muslims ML

بسملة وحمدلة وصلوات وتحيات

Mengikut kiraan hisab, berdasarkan kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara-negara anggota MABIMS, anak bulan ada di ufuk Singapura setelah matahari terbenam petang tadi selama 39 minit. Oleh yang demikian sukacita saya mengisytiharkan bahawa awal Ramadan 1438H jatuh pada esok, Sabtu bersamaan 27 Mei 2017.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada sekalian kaum Muslimin Muslimat Singapura: Selamat menyambut ketibaan bulan Ramadan al-Mubarak. Dalam bulan yang mulia ini, ambillah peluang untuk mengukuhkan silaturahim dan mengajak ahli keluarga kita beribadah bersama misalnya bersahur, beriftar dan solat terawih. Semoga Allah memberkati usaha kita dalam membentuk masyarakat Islam yang cemerlang dan mengurniakan kita kekuatan, untuk menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Ameen.

Sekian, Wassalamualaikum Wr Wb.

DR MOHAMED FATRIS BAKARAM
MUFTI NEGARA SINGAPURA

PDF icon Media Statement - Announcement on the Beginning of Fasting Month for Muslims ML (PDF, 91KB)

Last updated on 21/3/2018