30 Aug 16 Kenyataan Media - Kepulangan Anggota Perintis Masyarakat Hj Sirajuddin De Silva

KENYATAAN MEDIA

30 Ogos 2016

 Seluruh warga kerja Muis ingin menyampaikan salam takziah atas pemergian salah seorang tokoh perintis masyarakat, Hj Sirajuddin De Silva pagi tadi. Allahyarham berusia 89 tahun.

  1. Hj Sirajuddin dikenali, terutama pada masa pembangunan awal kawasan Toa Payoh. Beliau memainkan peranan penting dalam pembinaan masjid pertama di bawah Skim Dana Pembangunan Masjid. Beliau adalah salah seorang anggota Jawatankuasa Pembinaan Masjid (JPM) pada awal tahun 70an, dengan menyumbang tenaga bagi meraih sokongan masyarakat untuk mengumpul dana bagi pembinaan Masjid Muhajirin. Beliau kemudian turut menyumbang bakti sebagai anggota Jawatankuasa Masjid Muhajrin ketika itu.

  2. Hj Sirajuddin juga merupakan anggota perintis Persatuan Kebajikan Muslim Toa Payoh Singapura (PKMTPS), bersama-sama dengan Allahyarham Hj Buang Siraj (mantan Presiden Muis). Beliau juga berkhidmat sebagai Presiden PKMTPS sehingga 2012. Selain itu juga Alahyarham berkhidmat sebagai anggota Majlis Lembaga Biasiswa Kenangan Maulid (LBKM) dari 1970 hingga 2014.

  3. Sumbangan Hi Sirajuddin tidak hanya kepada masyarakat Melayu sahaja. Semasa hayatnya, beliau juga aktif menjadi sukarelawan di beberapa badan lain, antaranya Persatuan St John Singapura dan juga sebagai anggota akar umbi kawasan Toa Payoh.

  4. Atas sumbangan beliau kepada masyarakat, Hj Sirajuddin diberikan Anugerah Perkhidmatan Awam pada tahun 2001, dan juga Anugerah Sukarelawan Cemerlang Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Sukan, MCDS pada tahun 1996.

  5. Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat atas roh beliau dan menerima segala amalan serta sumbangan beliau kepada masyarakat.

MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA

PDF icon Kenyataan Media - Kepulangan Anggota Perintis Masyarakat Hj Sirajuddin De Silva (PDF, 28KB)

Last updated on 21/3/2018