Speech by Chief Executive of Muis, Hj Abdul Razak Maricar at the Mosque Investiture for Maarof and Yusof Ishak

MUIS ACADEMY, FRIDAY, 6 MAY 2016

Sahibus Samahah Mufit Dr Md Fatris Bakaram
Pengarah Masjid Hj Helmy Md Isa
Pengerusi LPM Maarof, Ust Rashid Ramli
Pengerusi LPM Yusof Ishak, Hj Ayob Johari
Ahli LPM Masjid Maarof dan Yusof Ishak
Para pemimpin masjid
Rakan Rakan dari Muis
Sidang hadirin yang berbahagia

 

    Assalamualaikum Wr Wb

    Puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat bersama di Majlis Watikah ini, yang mencerminkan kesungguhan kita untuk menyemarakkan masjidmasjid sebagai institusi penting dalam nadi kehidupan masyarakat kita.

  1. Pertama sekali, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Pembinaan Masjid (atau JPM) kedua-dua masjid, yang telah bertungkus lumus dan berjaya menggembeling sokongan padu dari masyarakat, sehingga dana yang terkumpul bagi setiap masjid melebihi dari jumlah sasaran iaitu hampir $4.5 juta setiap masjid. Alhamdulillah, ini membolehkan kedua-dua masjid menikmati dana yang mencukupi untuk prasana dan operasi apabila siap kelak, Insya Allah.

  2. Saya juga ingin ucapkan tahniah kepada semua anda yang di lantik untuk mentadbirkan kedua-dua masjid Yusof Ishak dan Maarof untuk penggal dua setengah tahun yang akan datang.

     Hadirin yang dihormati sekelian,

  3. Tugas seorang ahli LPM merupakan sebuah tanggungjawab yang besar dan mulia dalam usaha kita memakmurkan Rumah Allah. Masjid merupakan institusi yang amat penting dalam kehidupan beragama kita. Ia begitu dekat di hati masyarakat Islam. Ia juga lambang kehidupaan keharmonian beragama di Singapura. Keperluan masyarakat terhadap masjid terus meningkat dari dulu hingga kini sesuai dengan kepelbagaian latar belakang kehidupan masyarakat kita dan peningkatan aspirasi yang terus tinggi.

  4. Alhamdulillah, semakin ramai masyarakat Islam berkunjung ke masjid untuk mempertingkatkan kehidupan kerohanian mereka dan mendalami ilmu keagamaan daripada para asatizah yang bertauliah. Ia memberi panduan yang jelas kepada kita sebagai pentadbir masjid, iaitu semakin ramai masyarakat yang menjadikan masjid sebagai pusat mendapatkan khidmat dan rujukan.

  5. Ini bererti semakin perlulah kita meningkatkan taraf khidmat yang diberikan kepada masyarakat. Natijahnya, khidmat masjid tidak lagi boleh selesa dengan khidmat di takuk lama. Ia perlu berubah dan dipertingkatkan untuk “menyerap” dengan terbaik, permintaan dan aspirasi masyarakat.

  6. Dengan itu, di samping prasarana yang baik, masjid kita juga perlu melakarkan program yang sesuai dengan keperluan masyarakat setempat. Inisiatif-inisiatif yang lahir dari gagasan Konvensyen Masjid-Masjid 2011 serta Pelan Tiga Tahun Muis Kelima boleh dijadikan panduan dalam melakar program-program masjid-masjid kita.

  7. Saya amat berharap pihak LPM yang dilantik akan bersiap untuk melakarkan pelan bertindak tiga tahun. Antara yang mungkin difikirkan ialah program pendidikan Islam untuk kanak-kanak, belia dan dewasa, seperti aLIVE dan ADIL. Turut penting juga usaha mempertingkatkan khidmat kepada penerima zakat dan golongan yang memerlukan, serta membina keyakinan antara agama dan usaha menjangkau (outreach) kepada belia.

  8. Berkaitan dengan itu, sukacita saya umumkan bahawa LPM Masjid Yusof Ishak dengan Muis telah bersetuju untuk tempatkan pejabat baru Yayasan Rahmatan Lil Alamin di Masjid Yusof Ishak. Pergerakan RLA kini berusia 10 tahun, dan memang bermula hasil usaha jitu masyarakat masjid. Ia merupakan satu gagasan etos yang amat mulia dan dekat di hati sanubari masyarakat kita. Lantas amat wajarlah Yayasan ini mendapat tempat di dalam masjid terbaru kami. Adanya pejabat ini bakal mempermudahkan segala usaha RLA InsyaAllah. Untuk menyokong dan melaraskan lagi usaha-usaha dan kegiatan Masjid Yusof Ishak yang akan berkhidmat kepada masyarakat tidak lama lagi, dengan persetujuan Pengerusi LPM Yusof Ishak, saya ingin mengumumkan perlantikan Hj Abdul Khalid Shukor sebagai ex-officio di Masjid Yusof Ishak. Beliau sekarang adalah Pengerusi Masjid Darul Makmur.

  9. Sementara itu, bagi Masjid Maarof, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Pengerusi JPM Hj Nordin Shukor di atas kepimpinan beliau bersama anggota lain dalam mengumpulkan dana selama ini. Beliau dan rakan-rakan JPM telah bertungkus lumus hingga berjaya mengumpul jumlah $4.5 juta, iaitu sesuatu di luar sasaran awal. Alhamdulillah, kami dengan sukacitanya ingin menyampaikan beliau akan terus menyumbangkan khidmat bakti beliau dalam sektor masjid sebagai Pengerusi Masjid Al Firdaus.

  10. Sebelum menutup, saya ingin juga mengajak pihak LPM agar terus mempertingkat keupayaan diri dengan menyertai latihan seperti AMAL, BAKTI dan 4I Service Excellence. Di samping itu juga para LPM hendaklah sentiasa berhemah dalam perlaksanaan program dan mengikut sistem tadbir urus yang telah ditetapkan Muis. Ini adalah penting bagi memastikan kewibawaan institusi masjid kita yang amat diiktiraf samada di peringkat nasional atau serantau.

  11. Akhir sekali, saya ingin mengucap tahniah serta terimakasih yang tidak terhingga kepada anda semua di atas pengorbanan dan sumbangan yang tidak kenal penat lelah untuk menjadikan masjid – masjid kita sebagai nadi transformasi untuk mempertingkat kerohanian, membimbing masyarakat dan merubah kehidupan masyarakat kita.

    Sekarang izinkan saya sampaikan rumusan ucapan dalam Bahasa Inggeris

    Ladies and gentlemen,

  12. Let me begin by congratulating the Mosque Building Committee (or JPM), in which many of you have served, for their selfless effort and hard-work in raising funds. In all, each of the mosque has raised more than $4.5M, well beyond the target of $2.5M. Alhamdulillah. This will be used for interior furnishing of the mosques. With the extra funds available, it will also assist both MMBs in the initial operations of mosque when they are ready.

  13. Alhamdullilah, with the grace of Allah SWT, today we will be witnessing the appointment of the first management boards of our two new mosques: Maarof and Yusof Ishak Mosques. 29 of you are appointed for a term of two and a half years with effect from 1 May 2016. I would like to personally express my appreciation to all who have come forward to contribute as MMBs. Congratulations on your appointment!

  14. These mosques will be the 25th and 26th Mosque respectively under the MBMF scheme. Insya Allah, Maarof will be ready in Q3 this year, while Yusof Ishak will be opened in Q1 2017. With a total of 9,000 prayers spaces, these two mosques will help ease the demand for prayer space in the respective areas of Jurong West and Woodlands.

  15. Besides addressing the needs for prayer spaces, the existence of these two mosques is to fulfil the socio-religious needs of our community at Jurong West and Woodlands. I look forward to the MMBs of both mosques planning programmes for the community. I urge the MMB to chart a 3-year plan for mosques. The strategies and recommendation in Mosque Convention 2011 as well the Muis 5th Three-year plan can be used as reference. May I suggest that you give special focus to three areas: Islamic Education for the Young; Outreach to the Poor and Needy, and Strengthening Governance.

  16. We hope to see the mosques implement our aLIVE and ADIL programmes for the youth and adult respectively. Besides this, you may also wish to consider outreach programmes for the poor and needy, as well as youth outreach. In implementing all these, I call upon the MMB to remain steadfast and confident to shape the religious agenda of our community in tandem with the progressive religious thinking which is suited for Singapore’s multi-racial, multi-religious context. In consultation with Office of the Mufti, we must be able to evaluate critically content that is necessary to enrich the religious thinking of our community.

  17. I would like to paraphrase a quote from our beloved Mufti – that it is actually the people who serve in the mosque who will make our mosques transformational touchpoints for our community. You are the pillars of our mosques. Each of you has a very important role to play in ensuring that our mosques are vibrant nodes in the community that can serve our socio-religious needs. As such I urge that you continue to undergo our training and engagement sessions such as AMAL, BAKTI or 4I Service Excellence, as well as the monthly Usrah sessions with Mufti. As we provide socio-religious service to others, we must also continue to be nurtured and spiritualised.

  18. Next, I am pleased to announce that the office of Rahmatan Lil Alamin Foundation (RLAF) also be co-located at Yusof Ishak Mosque. The RLA movement is now in its 10th year. The RLA ethos has firmly entrenched itself within our community. It is fitting that the movement has a home where it started, in our mosques. This will facilitate future RLA efforts as we traverse the RLA journey together. With this, I will like to also announce here that Hj Abdul Khalid Shukor will also be the exofficio of the Yusof Ishak Mosque. I am also pleased to mention here also that former Chairman of JPM Maarof will continue to serve in the mosque sector as Chairman of Al-Firdaus Mosque. He has been instrumental in harnessing the ground support with his JPM members, raising about $4.5M – well beyond the initial target of $2.5M, Alhamdulillah. This is a big achievement. As such, his contribution will still be required in Al Firdaus Mosque, where he will look into strengthening the programmes and governance there.

  19. Finally, it leaves me now to once again express my heartiest congratulations and my heartfelt thanks to the mosque leaders for your tireless contributions and sharing our vision to make our mosques transformational touch-points that Enhance Spirituality, Guide the Community and Change the Lives of our community.

    Thank you.

    Wabillahitaufiq Walhidayah, Wassalamualaikm Wr Wbt

PDF icon Speech by CE Muis at the Mosque Investiture for Maarof and Yusof Ishak (PDF, 89KB)