UCAPAN OLEH TUAN MASAGOS ZULKIFLI, MENTERI BAGI SEKITARAN DAN SUMBER AIR MERANGKAP MENTERI BERTANGGUNGJAWAB BAGI EHWAL MASYARAKAT ISLAM DI SEMINAR PELAN KERJA MUIS PADA SABTU, 30 MAR 2019

Haji Mohd Alami Musa, President of Muis

Esa Masood, Chief Executive of Muis

Mufti of Singapore, Dr Mohamed Fatris Bakaram

Distinguished Guests, Ladies and Gentlemen

Assalamualaikum Wr. Wb.

Introduction

It gives me great pleasure to be here with you this morning at Muis’ 2019 Work Plan Seminar.

This year’s seminar coincides with the Singapore Bicentennial celebrations, which commemorates the founding of modern Singapore. Together with other Singaporeans, we can be proud that we have contributed significantly to our nation building efforts. We have remained anchored to our religious values of compassion, mutual respect and peace while at the same time, contributing to Singapore’s rapid change and development over these many decades.

Today allow me to outline the key focus areas of Muis over the next three years, from 2019 to 2021.This strategic plan, known as the 6th Muis 3-year plan, was developed through extensive community consultations including the Muis50 Conversations and the Mosque Convention in 2018.

The strategic plan is based on three guiding principles: First, Continuity – so that we can build on and enhance areas of strength, second Collaboration – to work with the wider community and stakeholders and third, Transformation – to stay ahead of challenges by embarking on new and transformative approaches to address emerging needs of the community.

Guiding the Community in a Changing World

Such a forward looking approach is essential because our community agencies and institutions need to be prepared not just for today, but for the changing needs of the community and factors that will impact the community in the future.

In developing its strategic plan, Muis considered many important driving forces. These include disruptions arising from technological advancements, the changing economic landscape and the changing complexion of the Singapore society. The introduction of robots, artificial intelligence and pervasive digitalisation will change the way we live, work, study and play. Technology would result in the loss of some jobs, but also create new jobs which we can’t think about today.

Our community’s socio-religious needs are also constantly changing, as we age, we welcome diverse immigrants into our community, and adapt to changing times. The way people seek knowledge on Islam has also transformed, where some may find it more convenient to seek knowledge from preachers based thousands of kilometres away via the internet, rather than approaching the asatizah at their neighbourhood mosque. While some may consider these challenges, with proper planning, these can also provide opportunities to rally and uplift the community.

In the next lap, Muis will need to navigate the community’s evolving needs and expectations, and build a Muslim Community of Success, one that not only thrives and participates in a multi-cultural and secular society, but also gives back and contributes to the wider society.

Muis Strategic Plan for 2019 – 2021

Allow me to now outline 4 key focus areas of Muis’ Strategic plan. These have been developed based on many feedback that all of you have given in the earlier consultations:

  • First: Strengthening support and development of our Asatizah – to ensure that even as the community progresses, we remain firmly rooted and guided by our religious values and principles;
  • Second: Strengthening Social Cohesion – to ensure our community thrives in a multi-cultural and secular state that upholds meritocracy;
  • Third: Rallying support to the under-served in the community – this will involve harnessing and mobilising resources in the community to help those in need; and finally
  • Fourth: Strengthening our religious institutions – ensuring our religious institutions enhance their capabilities to serve the community well.

I will now speak in Malay to elaborate on each of these 4 areas.

Para hadirin sekalian, Muis telah mengenal pasti empat bidang tumpuan utama dalam pelan tiga tahunnya. Bidang-bidang ini dilakarkan secara musyawarah, berdasarkan pelbagai maklum balas yang diterima menerusi siri konsultasi yang dijalankan.

Pembangunan Asatizah Masa Depan

Muis akan memperkukuh dan membangunkan golongan asatizah kita. Ini agar kita kekal utuh dan berpandukan nilai serta prinsip agama kita. Pada masa yang sama, masyarakat kita meraih pencapaian dan kejayaan. Para asatizahlah yang akan membimbing kita mengemudi perjalanan menempuhi dunia yang penuh cabaran ini. Dari itu, amat pentinglah kita membuat pelaburan dalam pembangunan para pemimpin agama kita.

Baru-baru ini, saya sempat bertemu dengan para pelajar Singapura yang menuntut ilmu di Kaherah dan Amman. Saya bersyukur melihat semangat membara di hati bakal asatizah kita untuk menyumbang dan berbakti kepada masyarakat, bukan sahaja dalam bidang agama malah dalam mana-mana bidang yang mereka mahu menerokai.

Untuk mempersiapkan mereka, Muis sedang melakarkan Kursus Sijil Pos Siswazah Islam dalam Masyarakat Kontemporari, yang akan melengkapkan pemahaman para lulusan dari institut pengajian luar negara tentang konteks dan keperluan masyarakat Singapura, di samping menawarkan kemahiran baru dan terkini yang sesuai untuk meluaskan peluang pekerjaan para siswazah.

Usaha Muis untuk membangunkan asatizah masa depan yang terbaik sudahpun bermula dari peringkat madrasah setempat, yang diberi sokongan dari segi pembiayaan, pembaikan dan peningkatan kurikulum serta latihan dan pembangunan para guru.

Hasilnya, hari ini, Madrasah Aljunied menawarkan program diploma International Baccalaureate. Para pelajar Madrasah Al Arabiah pula bakal menikmati kampus baru, dan Madrasah Wak Tanjong pula menerima sumber tambahan di bawah Pakej Bantuan Menyeluruh.

Muis akan terus mengiktiraf dan mendorong pencapaian para pelajar madrasah dan menyokong para pelajar dari keluarga berpendapatan rendah melalui skim PROMAS dan Anugerah Pencapaian PROMAS. Dalam tempoh tiga tahun lalu, Muis telahpun mengagihkan sejumlah 1.1 juta dolar untuk skim PROMAS ini.

Perpaduan Sosial

Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Tumpuan kedua Muis ialah usaha terus mengukuhkan perpaduan sosial. Sememangnya kita bersyukur dapat hidup sebagai masyarakat Islam, dengan penuh selamat dan harmoni bersama warga lain di dalam masyarakat majmuk Singapura ini.

Masyarakat Islam Singapura mesti terus penuh yakin diri dan kukuh jatidirinya dalam mendukung Identiti Muslim Singapura. Muis akan terus tekun membina identiti ini, terutama nilai RICAP, iaitu nilai berdaya tahan, inklusif, penyumbang, adaptif dan progresif. Nilai ini mesti disemai dalam golongan muda kita, yang bakal membina masa depan. Semaian ini dilaksanakan melalui program aLIVE di masjid-masjid dan pusat pendidikan Islam kita. Alhamdulillah, penyertaan dalam program aLIVE kian meningkat dan kini mencapai 21,000 pelajar. Muis akan terus berusaha membangunkan tenaga murabi yang mahir, mengulang kaji dan memperbaiki kurikulum serta mempertingkatkan mutu program aLIVE.

Sokongan untuk yang lebih memerlukan

Sambil kita terus berkembang maju, janganlah kita lupakan mereka yang kurang bernasib baik. Masyarakat kita tidak boleh dikira benar-benar berjaya jika kita tidak dapat menyebarkan rahmah kepada mereka yang memerlukan. Zakat ialah tunggak membina masyarakat yang cemerlang, dengan menyalurkan sumbangan dari mereka yang lebih bernasib baik, kepada mereka yang lebih memerlukan, terutama melalui masjid kita.Kutipan zakat kian meningkat saban tahun. Tahun lepas 16.5 juta dolar diagihkan dalam bentuk wang tunai kepada penerima zakat, memanfaatkan seramai 6,774 warga Singapura.

Ini belum termasuk pelbagai bantuan lain dari segi program bantuan masyarakat dan nasional. Sebagai contoh, Muis telah menyemak semula Skim Pemberdayaan Bersama, demi memperbaiki usaha pemerkasaan para penerima zakat dan menggembleng sumbangan dari rangkaian masyarakat.

Ini sekaligus menambah peluang bagi masyarakat, terutama mereka yang lebih berjaya, berupaya dan berkemahiran, menghulurkan bantuan dari segi masa dan tenaga untuk golongan yang lebih memerlukan. Bantuan ini akan menjadi anjakan baru yang amat bermakna di samping bantuan dalam bentuk zakat. Misalnya, kita akur bahawa warga emas mempunyai pengalaman yang luas, kemahiran yang mendalam dan masih mampu menyumbang kepada masyarakat. Dari itu, Muis akan berusaha menggembleng potensi warga emas kita. Ramai daripada mereka sudahpun tampil menjadi pendamping di bawah Skim Pendamping Masjid, untuk memberi sokongan sosial kepada penerima zakat.

Hadirin sekalian

Memperkasa institusi-institusi keagamaan

Tumpuan keempat Muis untuk tahun-tahun menjelang ialah untuk memperkasa institusi agama kita, madrasah dan masjid, dari segi tadbir urus, kepimpinan dan kelestarian sumber. Ini dapat memastikan mereka berupaya memainkan peranan mereka bersama Muis, dalam membimbing dan membangunkan masyarakat dan terus membina Identiti Muslim Singapura.

Tahun lepas Muis telah menyemak semula sistem Kelompok Masjid, untuk memastikan penyelarasan yang lebih kemas dan berkesan dengan lain-lain rakan kongsi seperti Pejabat Khidmat Sosial (SSO) serta badan masyarakat yang lain. Manfaatnya sudah pasti dirasa oleh para penerima bantuan kita.

Muis akan mempertingkat lagi kerjasama dan mengoptimumkan lagi sumber melalui inisiatif Satu Sektor Masjid. Muis akan memberi sokongan dan panduan kepada sektor masjid untuk memastikan amalan tadbir urus yang baik diteruskan. Muis juga akan terus memberi sokongan latihan dan pembangunan untuk kepimpinan dan kakitangan masjid agar mereka dapat terus berkhidmat dengan sebaiknya kepada jemaah.

Muis juga akan gigih berusaha mempertingkat mutu khidmat yang ditawarkan kepada masyarakat. Ini termasuk khidmat bayaran elektronik untuk zakat dan derma di masjid. Ini akan memudahkan masyarakat untuk menyumbang semula kepada masyarakat, di mana sahaja, pada bila-bila masa. Muis juga mempermudahkan masyarakat menjalankan ibadah dan mendapatkan panduan agama melalui aplikasi Muslim.SG, seperti khutbah, rencana Rangkaian Asatizah Muda serta jawapan kemusykilan agama dari Pejabat Mufti.

Hadirin dan hadirat sekalian

Memperkasa Muis

Perancangan Muis pasti tidak akan tercapai tanpa sokongan padu dari anda, dan pengukuhan institusi-institusi keagamaan yang telah saya sebut. Namun Muis sendiri perlu memperkasakan diri sebagai sebuah pertubuhan.

Alhamdulillah, Muis sudahpun melakukan yang demikian melalui dua cara:

Pertama, dengan mengambil pegawai yang berbakat dari perkhidmatan awam, yang berpengalaman dalam pembentukan dasar, operasi serta kemahiran-kemahiran khusus. Selain dari Ketua Eksekutif Muis, Encik Esa Masood, Muis juga telah melantik Timbalan Ketua Eksekutif, Encik Fahmi Aliman dari angkatan bersenjata, dan Puan Shahla Iqbal dari Pejabat Peguam Negara.

Kedua, dengan memupuk dan membangunkan pegawai-pegawai Muis yang berpotensi untuk jawatan kepimpinan, terutama dalam bidang keagamaan. Melalui anugerah biasiswa dan lain-lain sokongan untuk program pos siswazah, Muis telah membangunkan sekumpulan pegawai yang boleh menjadi bakal pegawai kanan Muis. Mufti sendiri hasil usaha pembangunan dalaman Muis ini.

Kerja Muis semakin rumit dan meluas. Lantas, amat penting untuk Muis terus berusaha menarik bakat dari luar, di samping membangunkan daya sumber manusia yang sedia ada. Muis juga perlu menyediakan proses dan bekalan penggantian kepimpinan agar ia akan tetap bersedia dan berupaya memenuhi keperluan masyarakat yang semakin pesat berubah.

Selaras dengan ini, saya ingin mengumumkan bahawa Muis akan melantik dua Timbalan Mufti untuk menyokong Sohibus Somaha Mufti kita.Peranan dan bidang tugas Mufti semakin meluas. Kedua-dua Timbalan Mufti akan menyokong Mufti dan Pejabat Mufti dalam membentuk dan memberi bimbingan agama dan sumbangan kepada inisiatif-inisiatif penting tersebut.

Saya ingin mengumumkan pelantikan Dr Nazirudin Nasir, sebagai Timbalan Mufti mulai 1 Mei 2019. Dr Nazirudin yang kini Pengarah Kanan Dasar dan Pembangunan Keagamaan, menyertai Muis pada tahun 2002 setelah lulus dalam bidang Perundangan Islam dari Universiti Al-Azhar. Beliau mula bertugas di Pejabat Mufti pada tahun 2006, dan menerima biasiswa untuk meneruskan pendidikan di peringkat Sarjana dan kedoktoran dalam bidang Teologi di Universiti Oxford.

Dalam beberapa tahun yang lalu, Dr Nazirudin telah memainkan peranan penting dalam membentuk dasar keagamaan di Muis, termasuk penyemakan dan pembentukan fatwa, serta pembangunan asatizah. Saya yakin Dr Nazirudin, sebagai Timbalan Mufti, akan memberi sokongan padu kepada Mufti dalam membimbing masyarakat kita.

Perlantikan Timbalan Mufti yang kedua akan dijalankan pada masa yang sesuai kelak.

 

PENUTUP

Hadirin sekalian, untuk memastikan masyarakat kita kekal teguh dan menjadi sebuah masyarakat cemerlang yang dapat dibanggakan bersama, kita mestilah:

  • Membuat pelaburan dalam pembangunan para pemimpin agama kita;
  • Menekankan kepentingan kepaduan sosial:
  • Menyatupadukan dan menggembleng sokongan mereka yang lebih berjaya supaya membantu golongan yang lebih memerlukan: dan
  • Mengukuhkan institusi-institusi keagamaan dalam memberi khidmat kepada masyarakat.

Insya’ Allah dengan sokongan dan kerjasama anda sebagai pemimpin masyarakat dan rakan-rakan kongsi yang penting, kita akan dapat membina rangkaian kecemerlangan, dan terus berkembang maju sebagai satu masyarakat.

Selama lebih 50 tahun, Muis juga telah berkembang sebagai sebuah institusi yang memberikan khidmat dan menyokong masyarakat. Buku yang akan dilancarkan nanti berjudul “Striving with Confidence, Serving with Compassion” ataupun “Semarak Langkah, Berjiwa Rahmah” mengimbas kembali 50 tahun yang lalu menerusi kaca mata para pemimpin Muis, rakan-rakan kongsi serta mereka yang menerima khidmat dan bantuan Muis. Satu perjalanan yang lama namun penuh dengan kepuasan. Yang lebih penting kita harus terus berusaha dengan apa yang telah dicapai dan bekerja sama menuju ke arah masa depan yang lebih baik untuk masyarakat kita.

Saya akhiri dengan serangkap pantun.

Pergi ke ladang, menuai padi

Disimpan tuaian, di belakang rumah

Jika kita bersatu hati

            Segala kerja menjadi mudah

 

Wassalamualaikum Wr. Wb