Mencapai Kebaikan Bersama

Antara ciri-ciri takwa itu adalah apabila kita sering terpanggil merebut peluang membuat kebajikan. Amal kebajikan yang tidak terhad pada diri sendiri, bahkan juga kepada sekalian makhluk Allah s.w.t.

 

Beberapa contoh sebagai panduan kita bersama bagi mencapai kemaslahatan umum:
Pertama: Menginginkan kebaikan untuk semua. Kita hendaklah sentiasa mencari ruang dan peluang melakukan usaha-usaha positif demi kemaslahatan awam.

Kedua: Menyumbang kebaikan dalam apa jua lapangan. Bersama maju ke hadapan, mencurahkan kebaikan dan kemanfaatan buat semua