PENGISYTIHARAN AWAL ZULHIJJAH 1441H/2020M BAGI SINGAPURA

21 Julai 2020

   Assalamualaikum Wr. Wb.

Mengikut kiraan hisab, petang tadi, anak bulan Zulhijjah berada di atas ufuk Singapura selama 40 minit setelah terbenam matahari. Oleh itu, awal bulan Zulhijjah bagi tahun ini, iaitu tahun 1441H, jatuh pada esok, Rabu bersamaan 22 Julai 2020. Sukacita saya mengisytiharkan bahawa Hari Raya Haji atau Aidiladha iaitu 10 Zulhijjah, jatuh pada hari Jumaat bersamaan 31 Julai 2020.

Saya mengajak umat Islam di Singapura untuk terus menghidupkan hari-hari yang suci ini dengan ibadat, ketaatan serta kebaikan. Renungilah erti pengorbanan di sebalik Aidiladha yang akan kita sambut di dalam suasana yang masih mencabar yang memerlukan penyesuaian. Semoga anda semua diberikan ketabahan, kesejahteraan dan keselamatan.

Sekian. Wassalamualaikum Wr. Wb.

 
DR NAZIRUDIN MOHD NASIR
MUFTI