Pengisytiharan Awal Ramadan 1442H/2021 Bagi Singapura

KENYATAAN MEDIA

12 April 2021 

Mengikut kiraan hisab yang berdasarkan kriteria imkanur rukyah, anak bulan berada di ufuk Singapura setelah matahari terbenam petang tadi selama 16 minit. Suka saya mengisytiharkan bahawa awal Ramadan tahun 1442H jatuh pada esok hari Selasa bersamaan 13 April 2021.

Izinkan saya mengucapkan selamat menyambut ketibaan bulan mulia Ramadan. Marilah kita menerima kedatangan tetamu Allah ini dengan hati yang suci dan niat yang murni, mencari kebaikan buat diri, keluarga dan masyarakat. Bersama kita meraih keberkatan Ramadan. Semoga Allah s.w.t. membantu kita mengatasi segala cabaran dan menjadikan kita manusia dan masyarakat yang lebih bertaqwa.

Sekian, Wassalamualaikum Wr Wb.

DR NAZIRUDIN MOHD NASIR
MUFTI