Pengisytiharan Awal Syawal 1442H/2021 Bagi Singapura

KENYATAAN MEDIA

11 Mei 2021 

Mengikut kiraan hisab, anak bulan Syawal tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura ketika matahari terbenam petang tadi, kerana bulan telah terbenam lebih awal.

Ini bererti esok adalah hari pencukup bulan Ramadan 30 hari dan awal bulan Syawal tahun 1442H jatuh pada lusa, Khamis bersamaan 13 Mei 2021.

Semoga kita dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan menghayati erti kemenangan, walaupun dalam keadaan yang serba sederhana. Saya berdoa agar Allah menerima segala amal ibadah kita di dalam Ramadan, dan memelihara masyarakat kita dari segala bahaya dan kemudaratan. Marilah kita teruskan semangat bertanggungjawab yang telah kita perjuangkan sejauh ini. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

 

DR NAZIRUDIN MOHD NASIR
MUFTI