Pengisytiharan Awal Zulhijjah 1442H/2021 Bagi Singapura

KENYATAAN MEDIA

10 Julai 2021 

Mengikut kiraan hisab berdasarkan kriteria imkanur rukyah, anak bulan Zulhijjah berada di atas ufuk Singapura selama 20 minit setelah terbenam matahari petang tadi.

Oleh yang demikian awal bulan Zulhijjah bagi tahun 1442H jatuh pada esok Ahad bersamaan 11 Julai 2021.

Maka sukacita saya mengisytiharkan bahawa Hari Raya Haji jatuh pada hari Selasa bersamaan 20 Julai 2021.

Marilah kita hidupkan hari-hari yang suci ini dengan ketaatan dan amal kebaikan. Semoga kita dapat menghayati erti pengorbanan di sebalik Eiduladha dan menyambutnya dengan selamat dan bahagia.


DR NAZIRUDIN MOHD NASIR
MUFTI