Pengisythiharan Awal Zulhijjah 1443H/2022M Bagi Singapura

KENYATAAN MEDIA 

29 Jun 2022

Mengikut kiraan hisab, berdasarkan kriteria imkanur rukyah, anak bulan tidak mungkin dapat dilihat di atas ufuk Singapura setelah terbenam matahari petang tadi. Ini bererti esok adalah hari pencukup bulan Zulkaedah sebanyak 30 hari.

Oleh demikian, awal bulan Zulhijjah tahun 1443H di negara kita Singapura, jatuh pada lusa, Jumaat bersamaan 1hb Julai 2022 dan Hari Raya Aidiladha, jatuh pada hari Ahad bersamaan 10hb Julai 2022.

Selamat beribadah dalam bulan suci dan mulia Zulhijjah dan selamat menyambut Eiduladha dengan menghayati maksud dan tujuan pengorbanan.


DR NAZIRUDIN MOHD NASIR
MUFTI