Advisory on Conducting Funeral Prayers during Phase Two (Malay)

IRSYAD (PANDUAN AGAMA)

 PELAKSANAAN SOLAT JENAZAH SEMASA FASA KEDUA

Pendahuluan

1. Irsyad ini merupakan tambahan terkini dari Irsyad yang lalu (bertarikh 10 April 2020)1, berikut adalah penerangan lanjutan bagi mendirikan solat jenazah dalam fasa kedua menangani penularan wabak COVID-19:

i. Secara prinsip, jumlah individu yang  menguruskan jenazah perlulah dihadkan kepada jumlah yang minima.

ii. Solat jenazah yang dijalankan di dalam rumah, perlu mematuhi panduan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) di mana 5 pelawat sahaja yang dibenarkan untuk melawat ke satu rumah pada satu masa. Di samping itu, segala peraturan jarak selamat perlu dipenuhi semasa menunaikan solat jenazah di rumah, dan sekiranya ruang solat terhad, keluarga almarhum dinasihatkan untuk menghubungi masjid-masjid tertentu untuk menunaikan solat jenazah.  

iii. Solat jenazah yang dilakukan di masjid-masjid tertentu,2 selain dari mematuhi langkah-langkah keselamatan yang perlu dilaksanakan di  masjid-masjid, seperti mendaftarkan diri, pemeriksaan suhu badan, pernyataan kesihatan dan perjalanan, beberapa panduan berikut juga perlu dipatuhi:

a.    ahli keluarga perlu menghubungi masjid-masjid terlebih dahulu untuk mengenalpasti jika terdapat ruang untuk melaksanakan solat jenazah;

b.    solat jenazah dilaksanakan di luar waktu solat berjemaah;

c.     jumlah orang yang menghadiri solat jenazah tidak boleh melebihi 30 individu (tidak termasuk imam yang memimpin solat) setiap sesi;

d.    solat jenazah boleh dilaksanakan sebanyak 2 sesi;

e.    mengamalkan jarak selamat dan memakai pelitup muka.

iv. Jumlah mereka yang mengiring jenazah ke tanah pengebumian, tidak boleh melebihi 30 individu (tidak termasuk anggota syarikat pengurusan jenazah).

v. Sekiranya ahli keluarga ingin membaca tahlil setelah selesai pengebumian, perlu memastikan bahawa hanya 5 individu yang bukan serumah (termasuk seorang Ustaz/Imam yang diundang) boleh menyertai bacaan tahlil.

2. Langkah-langkah yang diperkenalkan ini adalah langkah pencegahan yang penting demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan orang ramai dalam membendung penularan wabak ini daripada berterusan. Kita mendoakan agar Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh-roh mereka yang telah pergi dalam situasi yang mencabar ini, dan semoga Allah menempatkan mereka bersama-sama para solehin. Amiin.

 

17 SEPTEMBER

PEJABAT MUFTI

MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA

 

ANNEX A

1.    Masjid Al-Ansar

2.    Masjid Al-Islah

3.    Masjid Al-Mawaddah

4.    Masjid Alkaff Kampung Melayu

5.    Masjid Darul Aman

6.    Masjid Darul Ghufran

7.    Masjid Kampung Siglap

8.    Masjid Al-Istiqamah

9.    Masjid Al-Muttaqin

10. Masjid An-Nadhah

11. Masjid An-Nur

12. Masjid Assyafaah

13. Masjid Darul Makmur

14. Masjid En-Naeem

15. Masjid Muhajirin

16. Masjid Yusof Ishak

17. Masjid Al-Iman

18. Masjid Al-Khair

19. Masjid Ar-Raudhah

20. Masjid Assyakirin

21. Masjid Maarof

22. Masjid Pusara Aman

23. Masjid Anggulia

24. Masjid Jame Chulia

25. Masjid Mujahidin

26. Masjid Sultan