Covid-19 Qunut Nazilah

IRSYAD (PANDUAN) BERKAITAN USAHA-USAHA TAMBAHAN DI DALAM MENGHADAPI PENULARAN COVID-19
Pejabat Mufti
Majlis Ugama Islam Singapura
Pendahuluan
  1. Memandangkan penularan Covid-19 masih berterusan, kami ingin mengajak imam-imam untuk terus mengingatkan para Jemaah akan langkah-langkah pencegahan yang telah dinyatakan di dalam dua irsyad yang pernah dikeluarkan Pejabat Mufti. Secara ringkasnya langkah-langkah ini adalah:

    1) Menjaga kesihatan dan kebersihan diri,

    2) Elak dari bersalaman buat seketika,

    3) Memastikan tangan sentiasa bersih, dan

    4) Membawa sejadah peribadi bersama ke masjid.

    Doa Qunut Nazilah
  2. Qunut nazilah merupakan doa yang dibaca ketika solat semasa sesuatu bencana berlaku.1 Imam-imam di masjid-masjid digalakkan untuk membaca doa qunut nazilah ketika melaksanakan setiap solat fardhu berjemaah.
  3. Qunut nazilah boleh dibaca sama ada secara individu atau berjemaah. Ia juga boleh dibaca dalam setiap solat fardhu2 termasuklah juga solat Jumaat. Doa qunut nazilah biasanya dibaca pada rakaat terakhir semasa iktidal, selepas bangun dari rukuk untuk Iktidal,3 iaitu selepas membaca سمع الله لمن حمده، ربنا ولك الحمد .Disunnatkan membaca doa qunut dengan mengangkat kedua belah tangan.4
  4. Imam-imam diingatkan untuk membaca doa qunut nazilah yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Jemaah harus dimaklumkan sebelum solat bermula bahawa doa qunut nazilah akan dibaca pada rakaat terakhir selepas Iktidal.
  5. Pejabat Mufti menyarankan doa qunut nazilah berikut:

23 Febuari 2020

Pejabat Mufti


Majlis Ugama Islam Singapura

 

[1] Al-Nawawī, Al-Majmū’, hlmn. 768.

[2] Ibid., hlmn. 769.

[3] Ibid.

[4] Ibid., hlmn. 770; Lihat juga, Al-Bughā, Musṭafā, Fiqh al-Manhaji, juz 1, hlmn. 147.