Malay/Jawi
Adab bergembira dalam Islam
3 April 2026
Bergembira adalah fitrah dan satu sunnah, terutama sekali bagi seorang mukmin apabila dia menerima anugerah Allah.

Telah menjadi satu tradisi masyarakat kita, bulan Syawal ini dimanfaatkan untuk memperbaiki dan memperkukuhkan hubungan serta menyebarkan kegembiraan dan ihsan. Amalan mulia ini boleh dilihat sebagai kesinambungan ajaran sunnah Rasulullah s.a.w. untuk menzahirkan kegembiraan pada hari perayaan.
Menurut para ulama, kegembiraan insan terbahagi kepada tiga jenis: Kegembiraan yang terpuji, kegembiraan yang dibenarkan dan kegembiraan yang tercela.
 Green logo_transparent background_blackfont.webp)