Asyura menerusi lensa tadabbur
26 June 2026
Manusia mudah melupakan Tuhan, serta nikmat dan segala macam bantuan Allah setelah berlalunya kesusahan dan ujian. Lalu manusia mula tertipu dengan kehebatan dirinya, dan menyangka segala yang dimilikinya adalah hasil usahanya, sedangkan setiap nikmat datang daripada Allah s.w.t.

Hari Asyura mengingatkan kita kepada peristiwa Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s. dan Bani Israil daripada kezaliman Firaun. Apabila Rasulullah s.a.w melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari tersebut, Baginda bertanya tentang sebabnya. Mereka menjelaskan bahawa itulah hari Allah memberikan kemenangan kepada Nabi Musa a.s. dan kaumnya. Lalu Baginda s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Aku lebih berhak ke atas Musa daripada kamu.” Maka Baginda Nabi s.a.w. berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa (pada hari tersebut). (Riwayat Al-Bukhari)
Berdasarkan tadabbur ayat 6 Surah Ibrahim yang dibincangkan, terdapat dua pengajaran yang boleh diterapkan dalam kehidupan:
Menzahirkan kesyukuran lebih dari ucapan di bibir.
Melahirkan keprihatinan terhadap bebanan dan dugaan kehidupan orang lain.
Download Asyura menerusi lensa tadabbur [PDF, 335.08 KB]
Download Asyura menerusi lensa tadabbur (Jawi) [PDF, 332.26 KB]
 Green logo_transparent background_blackfont.webp)