- Home
- Resources
- Khutbah and religious advice
- Khutbah
- Awal Muharram – Ke arah pembaharuan rohani
Awal Muharram – Ke arah pembaharuan rohani
27 June 2025
Bulan Muharram membuka lembaran pertama dalam takwim Islam. Bulan ini adalah satu-satunya bulan dalam kalendar Islam yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. sebagai "شَهْرُ الله" – yakni “Bulan Allah”.

Satu lagi keistimewaan bulan Muharram ini adalah ia juga termasuk dalam kalangan empat bulan haram yang dimuliakan dalam Islam. Umat Islam digalakkan untuk memulakan tahun baharu Hijrah ini dengan memperbanyakkan ibadah dan amal yang baik.
Muharram bukan sekadar tanda peralihan tahun. Ia mengingatkan kita akan hijrah Nabi Muhammad s.a.w. bersama para sahabat dari Makkah ke Madinah. Ia adalah perjalanan yang menuntut pengorbanan harta, kedudukan, dan emosi.
Download Awal Muharram - Ke arah pembaharuan rohani [PDF, 345 KB]
Download Awal Muharram - Ke arah pembaharuan rohani (Jawi) [PDF, 236 KB]