Belia bertakwa, amanah bersama
3 July 2026
Gambaran belia terhadap kehidupan dipengaruhi persekitaran yang dibentuk oleh golongan dewasa. Maka, menjadi amanah di atas pundak setiap orang dewasa, terutama sekali dari kalangan kaum mukmin, memainkan peranan membimbing golongan belia mengikut panduan Ilahi.

Apakah peranan kita dalam membimbing para belia dan anak muda? Di sini, khutbah mengusulkan empat perkara yang boleh kita lakukan:
Menjadi contoh yang baik: Sekadar mengarahkan mereka menjadi insan yang baik, menjaga solat, menjauhi maksiat, adalah tidak memadai. Ayuh berusaha agar diri kita terlebih dahulu menjadi cermin keperibadian mukmin yang ingin kita lihat pada diri mereka.
Membimbing dengan hikmah: Rasulullah s.a.w. tidak mendidik jiwa belia dengan herdikan, cemuhan atau leteran. Sebaliknya, dengan mencungkil potensi yang dimiliki oleh setiap belia dengan kelembutan dan penuh kasih sayang.
Meletakkan kepercayaan kepada mereka: Usahlah kita memandang rendah keupayaan anak muda. Sekiranya kita mendapati anak-anak muda masih kurang kemahiran, bimbinglah mereka untuk menggilap kebolehan tersebut.
Mendoakan golongan belia: Selain mengeratkan hubungan dan memberikan semangat, kata-kata yang diuntaikan melalui doa juga merupakan bukti kebergantungan dan keyakinan kita, bahawa Allah s.w.t. mampu menitipkan apa sahaja kebaikan buat kita semua.
Download Belia bertakwa, amanah bersama [PDF, 309.48 KB]
Download Belia bertakwa, amanah bersama (Jawi) [PDF, 321.46 KB]
 Green logo_transparent background_blackfont.webp)