Hadyun Nabawi: Ketabahan, harapan, pembaharuan
11 September 2026
Ajaran Rasulullah s.a.w. yang murni; nilai-nilai yang Baginda s.a.w. tegakkan sepanjang kehidupannya, tidak terhenti selepas pemergiannya. Ia merentasi batasan tempat dan masa untuk sampai kepada diri kita sendiri, hari ini, dengan izin Allah s.w.t.

Walaupun Rasulullah s.a.w. dikenali sebagai insan mulia, Baginda s.a.w. sering menerima layanan yang amat menyedihkan. Baginda s.a.w. dicerca ketika solat di hadapan Kaabah, dilontar najis apabila bersujud, malah hampir dijerut dengan pakaiannya sendiri sebelum diselamatkan oleh Abu Bakar r.a.
Namun begitu, Rasulullah s.a.w. tidak membiarkan keburukan di sekelilingnya melunturkan kemuliaan, kebaikan, dan kelembutan hatinya. Baginda s.a.w. terus tabah, bersabar, dan kekal setia kepada jati dirinya.
Ketabahan itu membuahkan hasil yang luar biasa. Beberapa individu yang dahulu memusuhinya, bertukar menjadi pembela dan berdakwah di sampingnya.
Download Hadyun Nabawi: Ketabahan, harapan, pembaharuan [PDF, 288.45 KB] (opens in new tab)
Download Hadyun Nabawi: Ketabahan, harapan, pembaharuan (Jawi) [PDF, 351.99 KB] (opens in new tab)
 Green logo_transparent background_blackfont.webp)