Hadyun Nabawi: Menyemai minda kritis, memupuk hikmah
4 September 2026
Rasulullah s.a.w. membawa revolusi pendidikan yang membina pemikiran dan jati diri. Dalam era limpahan maklumat dan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) hari ini, cabaran kita bukan sekadar mendapatkan maklumat, tetapi membina minda yang kritis, yang berdaya menapis kebenaran daripada kepalsuan, serta menilai setiap perkara secara saksama.

Pedagogi Nabawi – iaitu pendekatan Baginda s.a.w. dalam mendidik:
Rasulullah s.a.w. merangsang pemikiran kritis: Melalui kaedah ini, Baginda s.a.w. mengajar kita untuk tidak memandang dan memahami sesuatu secara luaran sahaja, tetapi menilai secara kritis dan mendalam dalam setiap perkara.
Pembelajaran mengikut kadar pemahaman: Menyampaikan kebenaran dan ajaran agama juga memerlukan kesabaran, pendekatan bertahap dan menyentuh hati, bukan paksaan atau kekerasan.
Rasulullah s.a.w. membina jambatan jiwa: Baginda s.a.w. menzahirkan kasih sayang terlebih dahulu sebelum menitipkan pesanan. Apabila mereka yang dibimbing merasa dikasihi dan selamat dari prejudis, maka setiap nasihat dan pengajaran mudah diterima dengan dada yang lapang.
Download Hadyun Nabawi: Menyemai minda kritis, memupuk hikmah [PDF, 327.26 KB] (opens in new tab)
 Green logo_transparent background_blackfont.webp)